dah tiga hari aku di bumi Kajang tanpa duff.
serius aku tak tau nak buat apa.
kerja tak seronok, mandi basah, tapi makan tak kenyang.
sebab tak tau nak makan apa bila duff takde.
takde siapa untuk aku gaduh tak tentu hala.
takde siapa untuk aku nak tetiba angin ke, nak tetiba bermanja ke.
semua kena simpan sendiri.
hu hu.
pagi Isnin aku sarapan kat kedai biasa kami.
akak yang jual tu tanye, mana kawan?
eheh, dia baik kampung.
duff kat kampung lama sikit sebab adik dia kemalangan pada Jumaat yang lepas.
kena senggol dengan lori trelar.
koyak telinga, patah tulang selangka (ke belikat ek? lupa) dan juga bengkak di kepala.
telinga kena 5 jahitan.
sampai hari ni duff sibuk uruskan perihal adik dia dan keluarga.
abang mithali sungguh duff ku sayang ittew.
mwah mwah for u la bebeh.
sambung pada kisah melontar aku.
tengahari tadi keluar lunch awal, menuju PKNS Bangi.
niat di hati mahu mencari shawl/tudung selendang untuk dipadankan dengan anak tudung Ariani dan Hajaba yang aku beli tempoh hari.
naik turun masuk semua ceruk kedai, yang dijualnya cuma tudung 4 segi dan tudung ekin.
isk. kecewa di hati bukan kepalang.
dah ar meronda sorang-sorang.
geng memang takde.
isk. sedih.
tapi dapat benda lain.
dapat beli toner mata dari permata hijrah.
tertarik dengan entry delinn tempoh hari mengenai produk ini, lantas mahu mencuba.
hari tu dah nak beli kat Alamanda, kat gerai yang depan Watson tu.
tapi akak gerai tu tak layan aku langsung.
tau lah dah abes awal bulan.
tapi takkan la duit aku tak laku kot.
sedih.
Melayu nak tolong Melayu pun tak dihiraukan.
memang sedih.
abes meronda cari barang yang tak dapat tu, dalam 1.30 petang aku sampai kat office semula.
black out la pulak!
tunggu setengah jam, gelap lagi.
tunggu 15 minit lagi, dah bukak semua tingkap.
sempat jugak terlelap tu.
ada satu suhu suam-suam kuku yang memang aku syok sangat untuk terlelap.
tapi bila terjaga tu, rasa nak mengamuk, sebab makin panas. ha ha.
dah masuk 2.30 petang.
tak hidup jugak letriknye.
ini tak boleh jadi.
apa lagi, guwe ca alip but la.
sebelum sampai rumah, aku singgah Tesco Setia Alam.
ye, mak aku masih boikot Tesco.
tapi apalah daya aku.
itu ajelah tempat melontar yang dalam perjalanan pulang aku.
teruskan niat nak cari shawl.
tapi, tak ada jugak!
memang takde jodoh aku nak cari shawl secara realiti.
jadinye aku tukar bateri jam, beli jajan sket, beli bateri AA untuk jam di rumah dan ada la sikit barang lain ;)
dalam perjalanan pulang, Nasreen sms aku bagitau kawan dia dah upload new shawls at her online sales blog.
sampai aje rumah, terus aku online.
sebab geram tak dapat beli shawl secara realiti, aku beli secara maya lah.
hu hu.
apa lah kedai realiti nih.
tak best langsung.
siapa kata kedai maya nih tak bagus.
pilihan lagi menambat hati.
cuma kena siapa cepat, dia dapat lah.
kalau terlepas, tunggu lain siaran lah.
itu pun kalau ada siaran ulangan.
he he.
tamatlah kisah aku hari ini.
esok aku ada kelas jam 10 pagi.
bersemangatlah setelah beli shawl secara online!
yeargh!
2 comments:
alahai ko tido ker..hahaha panas ek sbb no letrik..hehe kolej ko byr bill tak? muahahaha
aku rasa depa tak bayar ar.. meskipun dok sebelah U letrik negara..
hahahahaha..
Post a Comment