Friday, April 24, 2009

For all Ariani lovers out there!

ARIANI is now open at Bandar Baru Bangi! so near to my workplace, I don't need to pester Mama to go to Jalan Bunus again :p kat deret kedai baru depan Masjid Jamek/Masjid Hijau. satu deret dengan RHBbank dan Old Town White Coffee.


aku mengenakan tudung Ariani. patutnya kena ke depan sket awning tu baru ok kot. suka sangat tayang dahi jendul :p kejap, dahi jendul ngan dahi luas tu sama ke?

baru sahaja dibuka hari ini (24/4/09). nampak ramai jugak akak-akak, makcik-makcik yang serbu kedai tu. kalaulah bukan sebab Duff kena pergi Solat Jumaat tadi, memang aku ajak Duff singgah. tapi ada section untuk wanita sahaja dalam kedai tu, kan? senang untuk cuba tudung-tudung yang ada.

IMHO, aku kurang pasti sama aku ini sesuai atau tidak pakai tudung jenis macam ni. berawning bagai. tengok orang lain pakai macam cun aje, kan? bila pakai sendiri, rasa macam tak kena pulak. tapi orang kata, ok. betul ke yang orang kata tu? bila asyik pakai tudung jenis bawal atau empatsegi tu, lama-lama muak juga. tapi bila nak cuba jenis lain, takut pulak. rasa canggung. tapi kalau berani, takde salahnya nak bawa gaya ini, kan?

kini HAJABA ada saingan. namun, ini semua saingat sihat. sama-sama jalankan fardhu kifayah. kita sebagai pengguna, haruslah pandai guna dan bijak berbelanja.

selamat hujung minggu untuk semua :)

2 comments:

Izyan Helmi said...

ok je u pakai tudung ni...yg penting yakin n br la u comfortable pakai that tudung..

Unknown said...

yakin itu kata kuncinya ;)

thanks for the comment dear! :)