Apakah perbezaan antara foto 1 dan 2? kedua-duanya bunga tulip yang sedang mekar di musim spring. namun tetap ada perbezaannya.
Ada sesiapa nak jawab? orang kat Osaka nak tolong jawab?
Foto 2 tu aku cilok dari blog Wakame. geram betul tengok tulips berderet tak tentu hala. grr grr. boleh terbayang bau yang Wak mention. geramnya tengok bunga! Wak, pinjam foto ya? :D
Foto 1 aku ambil di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam, di Rumah Empat Musim. memang wangi sungguh dalam rumah tu. dengan suhu sekitar 3 hingga 5 darjah celcius, rasa macam duduk dalam peti ais pun ye jugak. dah penat berpeluh-peluh berbasikal, masuk dalam peti ais tu, memang syok. rasa tak nak keluar pun ye jugak. rasa balik kampung katanya. berangan aje lah yang mampu. ntah bila aku boleh balik tempat tumpah darahku, aku takde jawapan.
oleh sebab itu, jawapan kepada soalan di atas ialah, hutan emas di negeri orang, hutan batu di negeri sendiri, negeri kita pun ada bunga tulip jugak, walaupun hanya dalam peti ais. hiks! mungkin lebih seronok ke Holland untuk melihat tulips sebanyak saujana mata memandang. been there, done that. cuma ada bukti dalam bentuk foto, tapi tiada yang lekat dalam ingatan. hmm. bila boleh repeat ye? :)
------------------
tadi lunch kat Warta, Bangi. lunch kat kedai mamak. duff pekena nasi briyani kas kas sekilo. hiks. telah jumpa lubuk shawl jenis selendang di Warta! woot woot! excited sejenak. tambah lagi, ada corak yang aku berkenan kat butiksunlay tapi terlambat nak rembat. harga mahal sikit berbanding beli online. RM19 sehelai. akak tu bagi kurang jadi RM17. ok lah kot ek kalau dah gian sangat nak shawl selendang nih. hihihi. kalau beli online, boleh jimat banyak jika beli lebih dari 2. kalau takat sehelai, beza 2-3 ringgit aje dari beli kat kedai. sesiapa nak beli offline, silalah ke Warta, ground floor ye. kat gerai tudung banyak-banyak tu. cari aje lah.
tak usha lagi kat Shah Alam or Klang ada tak. haritu aku g Jusco Bukit Rajah pun bersepah orang pakai fesyen tudung camni. takkan semua orang beli online, kan? aku je yang hantu beli barang online. selalu aje kena jerit ngan duff pasal beli barang online. tapi aku buat dek aje :p

2 comments:
rindunya bangi! nak makan kat hameed jugak!
Bangi besttt...
next best to JB lah for me..
hiks..
JB tetap di hatiku ;)
Post a Comment