Monday, April 27, 2009

Lunch at Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

Duff ajak lunch kat Nasi Ayam Tempayan yang famous kat Kulim. cawangan yang ke-22 katanya. tapi kami pergi, kedai tu dibukak separuh aje. tak tau lah sama ada dah habis nasi ayam, atau memang belum dibuka secara rasmi. tapi iklan dah meriah di sana sini.

sementelah kecewa, kami pusing keluar dan pergi ke Seksyen 4 Tambahan. tiada kedai yang menambat hati. pusing lagi, menuju ke Seksyen 7.

asalnya mahu mencuba di kedai Sup Urat Ketin, tetapi setelah ronda sati blok, ternampak pula Cafe Oasis (atau Oasis Cafe ya? tak ingat lah pula. maaf, tiada bukti gambar.) jadi, kami makan di situ.

interior design memang menarik. dengan lot tepi, kedai tersebut memang luas. macam kerek lite-lite sebab dia akan seated-kan anda, macam makan kat hotel gamaknya. kena masuk main entrance sahaja, walaupun ada aje meja kat kaki lima. harga makanan stadard-lah mahalnya. macam makan kat kopitiam masakini campur San Francisco Pizza. pilihan menu agak terhad, namun terdiri dari pelbagai gaya masakan. ada pasta, western, dan juga local. air dalam lingkungan harga rm4.90 hingga 7.90 ( kalau tak silap...). juga terdapat 10% service charge.

kami order Nasi Ayam Hainan, Nasi Goreng Oasis, Air Kelapa 'Shake'. Nasi ayam memang sedap! dengan harga RM8.90, memang berbaloi. nasinya sedap, cuma malang nasib kami dapat ayam tak masak sepenuhnya. Nasi goreng oasis pula adalah nasi goreng nanas, yang aku tak rasa berbaloi dengan harganya. nothing outstanding about the nasi goreng. mungkin mahal sebab ada udang berkepala besar goreng seekor. RM10.90. Coconut Shake tu pulak memang menarik. kelapa muda dengan isi yang tua (tak berapa mudah dah kelapa mudanya..) dikisar bersama aiskrim vanila. syok jugak. RM7.90.

rajin pulak aku buat review makan ek. he he. angin kerajinan. akan datang semula ke Cafe Oasis untuk Nasi Ayam. next visit to Seksyen 7, nak pergi kedai sebelahnya pulak, kedai Sup Urat Ketin. tengok macam syok aje ;)

3 comments:

Oasis Cafe@Bangi said...

try la lempeng kat Oasis. Syok gak

Unknown said...

akan cuba next time.
thanks for visiting my blog :)

p/s: dapat diskaun tak saya iklan kat blog saya? ha ha just kidding ;)

jason-king said...
This comment has been removed by the author.