mengenai tudung lagi. menggayakan selendang sekali lagi. seronok pulak. terasa "cun" seketika. ha ha ha. nih foto yang diambil pada hari Sabtu, ketika bertemu dengan Lina. suka suka suka. walaupun menampakkan dahiku yang luas (orang kata dahi luas nih orangnya bijak. hiks.), tapi aku tak kesah. suka jugak pakai selendang nih. yang merah nih agak panjang. aku boleh lilit satu-setengah kali. yang biru (the one in the previous entry) pendek sket.
tapi susah betul nak cari tudung ni "offline". haritu sebab kemaruk sangat nak pakai tudung jenis camni, aku cari seluruh Bangi, tapi tak jumpa. hati kecewa. poket tak berusik. huks. masuk opis, beli online saje. klik klik klik, dah siap. 2 hari kemudian, dah sampai rumah. ho ho ho. merry x'mas.
cun tak aku? tolonglah cakap cun. sedekah hari isnin kat aku sket. ha ha ha.


4 comments:
cantikkk ... tudung tu
:D
orangnye pun cantik kan?
takpe I tau..
hehehehe...
terima kasey!
cun! nampak ceria. banyak jugak org jual tudung online ni eh.
aku kalau pakai tudung jenis panjang lilit ni aku suka depannya rapat ke dahi. lain org lain style la kan.
memang ramai yang jual tudung ni online. sebab banyak permintaan secara online kot? hehe.
aku suka tengok orang pakai ada muncung sket. tapi aku tak reti nak pakai gitu. mungkin muka aku tak cukup bujur :p
Post a Comment