Thursday, April 2, 2009

Aku sangat bersyukur dengan nikmat ini.. [bajet nak buat tajuk yang bimbo-ish. hiks]

hi guys.. how's your weekend? mine? it's great! we (mama n I) spent our saturday morning at SMK Taman Melawati, menonton pertandingan kawan kaki peringkat daerah Gombak. adik aku masuk bertanding. aku suka formation yang dibuat oleh sekolah adik aku. lain dari yang lain dan penuh feminin. tapi cuma dapat nombor 5 dari 16 pasukan. takpelah. tahun depan boleh cuba lagi :D



sebelah petang tu aku dan Mama ke KL. Mengisi perut yang lapar di Kampung Baru, kat medan penjaja yang dekat ngan hospital tu. got honked by a few 'courtious' cab drivers because i blocked their way eventhough there are still ample space for them to overtake me. thank you Malaysian taxi drivers :)



kemudian, kami mahu menunaikan solat Zohor. berlagaknye aku tamau solat kat surau yang dekat ngan medan selera tu. nak solat kat masjid tertua di Kuala Lumpur katanya. alih, takleh nak parking kat dalam masjid la pulak. ada majlis tu ha, siap pasang khemah bagai. pusing punya pusing, kami solat kat sebuah surau yang agak terbiar. lokasinya masih di Kampung Baru. usai solat, kami ke destinasi seterusnya, JAKEL :D


view of Jakel from RHB Bank
aku memang buta jalan-jalan kat KL nih. mujur Mama agak pro. penggunaan agak pro tu sebab banyak jalan kat KL tu dah berubah since zaman 70-an, jadinye Mama tak berapa cam. dulu masa awal-awal Mama keluar maktab, Mama ajar kat area KL.semua tanah kat KL tu Mama dah jejak. by foot. respect habis lah ;) anaknye pulak (baca: aku), seluruh tanah JB tu dah dijejak jugak. by foot and bus. hiks.

yang aku taunye, Jakel dan Ariani kat area Jalan Masjid India. tak tau pulak lokasinya kat Jalan Bunus. sebelum kami menuju Jalan TAR, sebenarnya dah lalu pun sebelah Jalan Bunus tu. tapinye dah aku tak tau kan Jakel dan Ariani ada kat situ, terus ajelah menonong ke Jalan TAR. dari situ, masuk Jalan Melayu, tembus Jalan Masjid India, dan sampailah ke Jalan Bunus. berkat dari doa Mama yang 'tebal', kami dapat tempat parking di hadapan Jakel. apa lagi, menabunglah dengan DBKL. aku menabung seringgit lebih je, konon tak nak lama sangat di situ.




hasil tangkapan


tempat pertama yang aku tuju adalah ATM RHB. gaji baru masuk seh. he he. ka-ching! aku ajak Mama g Ariani. teringin nak rembat sehelai. tengok warna, dah takde yang standard. biasa ar, dah pukul berapa pun masa tu. he he. tapi lepak-lepak jugak kat situ. punye lah penuh kedai tu. kat area belakang tu, siap orang bukak-bukak tudung sesuka hati sebab nak cuba tudung. meriah betul ;) tengok akak yang kemas-kemas tudung yang orang tak jadi beli, ada sehelai jenis mini yang kaler hitam. Mama pun terus rembat dari akak tu dengan rakusnya demi anakanda terchenta. hiks. aku try ala kadar, Mama pun kata oke, terus aku bayar.



baris atas: hasil tangkapan aku
baris bawah: dua di kiri, Mama's. kain biru lembut, Abah's

seterusnya kami ke lokasi tujuan utama Mama, ke Jakel. ramainye umat mak aihhhh. Mama macam merajuk lite2 sebab kain yang Mama baru je siap buat, kat situ boleh jual untuk RM16 sepasang. masa Mama beli, lebih kurang RM30 hingga RM40. hiks. siap ngadu lagi kat SA tu, awat haritu mahal, ni dah murah. ke ke ke. ronda-ronda kat ground floor tu, we were approached by the manager. manager tu kata, in 5 minutes time akan ada sale kat area kain sepasang RM79. kain tu akan jadi RM40 sepasang. aku n Mama terus g belek mana-mana kain yang berkenan di hati. hasilnya, aku dan Mama masing-masing dapat sepasang. yeay!



kain RM79 marked down to RM40



dapat lagi sehelai kain untuk dipadankan dengan kain yang aku dah sedia ada. kain batik sutera yang aku guna masa aku konvo dulu. baju kebaya yang sepasang dengan kain batik tu dah reput. hu hu. ni cari kain untuk dibuat baju kurung Pahang. kain nih RM16 semeter.



kain RM16 semeter. di kiri adalah kain batik yang sudah siap dijahit jadi kain.



ronda lagi, kami tiba di kawasan kain China silk. ya ampun comel-comel sungguh design abtrak yang ada. aku rambang mata! Mama tanya, nak buat baju apa kain corak-corak macam ni? aku jawab, buatlah baju blouse untuk pakai ngan seluar. boleh buat bawak g kerja. hiks. ayat cover. padahal, aku tak tau pun nak buat cemane. ho ho. China silk tu sepasang RM55. aku ambik 2 meter je, RM25. beli 4 meter lagi murah dari beli sepasang. ha ha ha.

washable China silk dengan corak abstrak. macam design sehelai scarf dari TieRack. Nasreen, any idea nak buat baju pesen apa tak untuk kain ni? aku langsung takde idea :p

kat tempat China silk tu, ada sorang akak tengah pilih kain, ditemani oleh suaminya. dah pilih, akak tu tanya lah kat sang suami. pastu, boleh pulak abang tu sound, "awak nak buat baju apa dengan kain tu?" mungkin dah banyak akak tu borong kain pada hari tersebut sampai abang tu sound sebegitu. aku dan Mama senyum kambing sambil tahan nak gelak terguling-guling. hiks.


tangan dah jadi panjang sebab jinjit plastik Jakel. load barang kat kereta, pastu masuk semula ke Jakel. ronda level by level. Mama nak cari kain untuk baju Melayu Abah. kami cari kat tingkat 4. kat situ, jumpa dengan tokei Jakel, anak kepada Mohd Jakel, iaitu Mohd Feroz. kacaknye umang aihhhhh. siap tanya-tanya Mama lagi, nak cari apa. tokei kacak tu kata, untuk kain yang Mama nak cari tu, ada 150 pilihan warna. kain plain je. dan ada 150 warna. pergh. Mama pilih warna biru lembut. semeter RM65. Mama bodek tokei kacak lite2, dapat ar semeter RM50. bodek kah? aku lagi suka kata, doa Mama tu 'tebal'. hiks.



kain SBline RM5.50 semeter

kain biru ni Mama pujuk aku beli untuk bawak g kerja. sebabnye, aku suka hati aje lenjan baju mahal ke, murah ke, untuk pergi kerja. bengkek aje mak aku tengok agaknya tiap-tiap minggu pun asyik pakai Gulati's aje g keje. nak buat cemane. dah ada, pakai aje lah, kan? kalau takde ye tak pakai. kalau tak dipakai, kan dah membazir namanya tu. hiks.


ini kain pasang terakhir yang aku rembat di Jakel. Mama teringin aku beli kain bercorak macam ni. corak kotak-kotak macam kain pelekat tu. aku ikut aje. tapi kain nih kena dry clean, rasanya. ada lagi satu jenis, corak lebih kurang macam ni, tapi boleh basuh tangan. kain ni tak datang sepasang. dari papanan (?) kain yang berbeza. mix n match gitu. kain ambik 1.75 meters dan baju (pink with rainbow) 2 meter. jumlah selepas diskaun adalah RM150.

dah rembat kain ni, ingat nak balik ar. itu tokei kacak pujuk Mama suruh beli kain lagi. wallahhh. how to resist la when tokei kacak asked sambil pegang Blackberry Bold sambil kata kat SA bagi special discount untuk Mama. wakakakakaka. SA tu bawak kat tempat kain chiffon pasang. harem kami bolayan sebab kami bukan gemar nak lining2 baju. simply malas. namun SA itu tetap memujuk. SA tu tengok Mama pakai baju viscose, dibawaknye kami ke ruangan viscose. wallahh again. comel-comel sungguh design. ada satu design Mama berkenan untuk buat blouse. terus Mama rembat dengan harga RM25 untuk 2 meter. semalamnya, harga semeter untuk kain viscose is RM25.

Jumlah pelaburan di Jakel: YOU di the maths :p

Jumlah tabungan untuk DBKL: RM3

jadi, itulah kisah tertunggak pada wiken yang lalu. dah nak wiken semula dah pun. wiken nih aku rilek aje kat umah. wiken depan (11 Mac) aku akan ada di PD untuk hari keluarga GIBS. phew. aku tak pasti sama ada aku mampu berblog setegar Nasreen. kudrat aku untuk berblog semakin berkurangan dari hari ke hari, dari minggu ke minggu. isk.

7 comments:

Yours truly said...

mek...wah byk sungguh hasil tangkapanmu...hehe betul lar the china silk tue mcm tie rack? what type of baju ek? hehehe buat baju kurung pun bleh...kain kaler plain

Unknown said...

tamau wat baju kurung. i have too many baju kurung sampai tak tau nak pakai mana to work! i have more than 20 pasang baju kurung. huks.

Anonymous said...

ima,aku nak bg cadangan bleh? kain china silk tu ko buat skirt..pastu ko carik bouse kosong kaler pink/putih.so dah boleh pakai...schweeetttt...

Unknown said...

i am not a skirt lady ar beb. hehehe. anyway, thanks for the suggestion :)

Nani Shahabudin said...

ima, tie rack ni nama kedai ke? kat mana ia?

Unknown said...

tie rack nama kedai. selalunya kat airport. kat mesia nih banyak kat airport. kat luar airport cuma di... err mana ek? bukan KLCC. tie rack nih jual tie memang banyak. ramai awek2 bertudung sekarang gilakan scarf from tie rack. lawa2 katanya. harga kat duty free from rm35 per piece of scarf. orang jual online paling murah rm55.

*hasil menelaah online shopping blogs yang intensif.

To ALL TieRack Scarf LOvers.... said...

cheap tie rack scarves at http://scarfonline.blogspot.com/