Wednesday, May 20, 2009

RM25k untuk hantaran Ima??

Ya. Aku memang mata duitan. Cuma, aku takde pakwe yang aku boleh kikis. Pakwe yang aku ada sekarang aku takleh nak kikis, nanti dia nampak aku ni mata duitan. ha ha ha.

Dalam foto di atas yang attached pada Encik Q tu, nampak seperti pendrive biasa, kan? itu namanya donggle [betul ke eja ek? main belasah aje] untuk software yang aku gunakan. nama software terpaksa dirahsiakan, takut dia kecik hati. dalam plastik tu ada 4 lagi donggle. semua aku dah test, tapi cuma satu je yang aku leh guna kat laptop aku. lagi 4 tu aku tak tau la apa masalahnya taknak lekat ngan laptop aku. mungkin kurang sherashi kot. hiks.

tau harga seketul donggle tu berapa? gaji aku sebulan campur bonus 2008 campur EPF pun takleh nak beli seketul donggle tu. betapa ciputnye gaji aku. atau dalam erti kata lain, betapa mahalnya seketul donggle itu. tu seplastik donggle tu dah boleh buat aku senyum kalau orang nak bagi aku hantaran RM20k! ha ha ha. berangan boleh la kan. aku nak dapat RM20k? ish. tak nak lah mahal-mahal. aku tak layak. [mode merendah diri tak tentu hala. hahaha.]

bila tengok what RM20k can buy, aku macam tak paham erti nilai duit. [alih-alih nak berfalsafah pulak... falsafah ke?]

aku sebenarnya tengah pening-pening lalat mengadap software nih. maju sangat berbanding yang pernah guna zaman belajar dulu. tak reti aku nak godak lebih. malu lah aku kalau tak reti guna. isk.
Posted by Picasa

2 comments:

Unknown said...

mcm menarik je software nie. dulu sy pn pernah gak ada donggle mcm nie gak. tp untuk time attendance. harga donggle tue dlm RM2k. pdhal mcm usb je. uhuhuhu..

skrg mmg dh makin canggih

Unknown said...

memang canggih ;)