Wednesday, May 27, 2009

Canon Catridge CL-41 and PG-40

dua benda tu aku ambil dari bahagian pembekal pagi tadi. selepas ambil barang, aku g submit borang leave kat Blok 9. aku akan cuti pada hari Jumaat dan Isnin sempena pemergianku ke Terengganu. cuti lebat seh. ha ha.

kat Tagnu nanti nak beli baju tidur kaftan, kain sembahyang, batik sutera kalau ada yang berkenan. tidak dilupakan keropok lekor dan ole-ole untuk rakan opis. untuk duff nak beli apa ek? dah ar dia bagi duit kocek untuk aku. laki mithali sungguh. ailebiu la bebeh! apa ek barang untuk lelaki. kain pelekat? ala tu saban raya pun dah bagi. tengok aje lah apa yang ada nanti ;)

ish. aku dah lupa aku nak update pasal apa. tadi bukak nih nak update pasal lain, sekalinye tulis pasal benda lain. takpelah. aku cerita pasal school aku lah ye.

kuliah dah abes. mingu ni study week. minggu depan final. aku suka kelas aku sem nih sebab tak ramai orang dan pelajarnya cemerlang. hantar assignment on time. kerja aku update carry marks lebih cepat daripada biasa. best best best.

itu ajelah dulu. cerita lain tu nanti-nantilah. semoga orang yang mengunjungi blog ini dari Malaysia, Singapura, Asia Pasifik, Osaka dan Algiers terhibur. terhibur lah sangat kan. hehehe. 

toodles!

No comments: