Thursday, May 21, 2009

'karipap' galore


the aftermath

Hari ni hari terakhir kuliah. Alhamdulillah semester ini berlalu dengan baik sekali. Bukan kerana ini semester ke-4 aku mengajar, tapi sebab student aku baik-baik belaka sem ni. takde yang buat hal. takde yang buat aku jerit-jerit. semua baikkkk aje :D

untuk kelas terakhir ni, aku bawak kuih karipap dari rumah. semalam lepas balik kerja, sempat la tolong Mama n CikOpan kelim karipap. eheh. aku ada bakat kelim karipap tau walaupun beribujari gumuk. he he he. tapitak ar halus gile kan keliman aku. visible lagilah 'corak'nya. Mama kata, ok ar yang aku kelim. halus-halus sangat, takde crust. kurang syiok ar. he he. ada ar dalam 50 biji aku bawak. 5 ketul bagi duff, 6 ketul bagi kat boss (bagi kat boss sebab masa aku nak ambil bekas dari kereta, boss ada kat depan opis. takkan la nak senyum-senyum sumbing padahal nampak karipap bergolek dalam tupperware see-through? hiks), aku rembat 6 ketul sebelum hidang pada anak murid.

sambil aku habiskan chapter terakhir (yang tak masuk pun dalam finals :p), depa pun makan lah karipap tu. 80% student aku sem nih adalah orang antarabangsa. ingatkan depa tak layan la kuih camni kan. sekalinye, nak balik tadi tinggal baki 3 ketul aje. tu aku bagi kat opismet aku. he he. ada bakat niaga karipap ke lepas ni? kirim salam aje la.

minggu depan study week = minggu goyang kaki. apa nak buat? ish. banyak boleh buat seh. boleh shopping, tengok wayang, melawat kawasan pelancongan, melihat keindahan alam sekitar. nyeh. banyak nak kena prepare untuk next sem seh. aku gatal mintak ngan boss subjek baru. jelak jugak 4 sem ngajar digital fundamentals nih. untuk mencabar diri sendiri dan menyesakkan kepala aku nih, aku mintak boss bagi aku subjek VLSI. entry semalam pasal tak reti guna software tu, untuk subjek ni lah. takpe. kita kena ada cabaran untuk teruskan hidup. kalau mendatar aje, tak seronoklah, kan? kan kan kan?

tak sabar nak tunggu minggu depan. nak pergi Terengganu!

2 comments:

ojij said...

ekekekek. ima.. transformasi katannya.. perubahan demi cabaran.. cayok!

Unknown said...

jijo berjaya capture apa yang aku nak sampaikan.. tahniah jijo! :D