Wednesday, May 13, 2009

3 Warehouse Sales in ONE DAY

Jadi begitulah tajuknya bila kami (aku, Mama dan Syaza) ber-'girl's day out'. sampai 3 tempat nak memborong benda. ha ha.

Tempat pertama dituju pada hari Jumaat yang permai itu adalah MPH warehouse sale. aku silap ambil jalan. dah pusing satu PJ. Mama diam aje kat belakang. Syaza as co-pilot pun tidak le membantu. aku tanya direction kat stesen minyak, aku sendiri yang pening. kalau tanya duff, memang kena jerit aje lah. GPS? mek mana ada GPS. kat umah dah niat akan sampai tempat tu dalam pkol 11. plan nak gerak awal, tapi adik aku tu lambat sangat bangun. grr grr. memang betul pun samapi tempat tu pkol 11, selepas campur sesat selama setengah jam. doa hambaNya dibayar cash ;)

seronok akhirnya dapat memiliki Twilight Saga. tak ambil yang box set. better aku spend duit untuk beli buku yang lain. box set ngan paperback, sama aje ceritanya, kan? he he. adik aku pun seronok dok punggah apa-apa buku yang dia nak. macam tau aje kakaknye baru dapat bonus. Mama pun tolong rembat buku kanak-kanak, untuk cousins aku. ada gak beli notebook, pengaruh adik aku ari nih (buku kiri, atas sekali).


The Haul. tak pernah seumur hidup aku beli buku sebanyak ini (beli buku sekolah tak masuk kira ar...)


The Twilight Saga. yeay me!

setelah menghabiskan RM350 di situ, kami ke Subang Parade. dah lama tak meronda Subang Parade. awal zaman 90-an, itulah satu-satunya shopping complex di luar Kuala Lumpur. Klang memang takde apa-apa masa tu. we had lunch at dessert's bar (will write more in another entry) dan juga bersolat. tanpa perancangan dan pengetahuan kami, di situ ada parkson warehouse sale. niat awal nak tengok-tengok aje, tapi hasilnya masing-masing dapat handbag baru. on me lah kan. bonus baru masuk plus coming mother's day. he he. adik aku pulak boleh pow mak au beg balik kampung kaler oren yang diskaun 70%. takpelah. tu Mama yang belanja. aku dah kopak teruk. ha ha ha. pastu boleh pulak terbeli cadar baru. ha ha ha. cadar kat rumah kitorang, semua dari zaman Mama bali US. tak pernah bertukar, tak pernah ditambah. ni sebab diskaun melampau ditambah lagi dengan happy hour sale, jadi lagi murah cadar tu. foto di atas diambil berlatarbelakangkan cadar baharu lah. he he he.

warehouse sale terakhir yang kami singgah, dekat aje ngan umah kitorang. Anggun Klasik warehouse sale sepanjang bulan Mei ini. Lokasinya di Jalan Kopi, Meru ya. jangan lepaskan peluang ini ;) Mama nak tengok 'day bed', katanya teringin nak memiliki. ada satu design 'day bed' yang aku dan adik aku terus jatuh hati. duduk atas 'day bed' tu tanak balik katanya. padahal rumah selang dua tiga umah aje. ha ha ha. harga 'day bed' tu sama ngan jumlah bonus aku. hiks.

itulah kisah 3 warehouse sale dalam satu hari.
sekian, terima kasih :)

Posted by Picasa

2 comments:

Yours truly said...

aku nak jeles boleh?
hehehe ko dah ada complete twilight saga tak aci!!!!

saw meg cabot's chic lit..heheh nnt review pls..mesti kelakar.. :D

Unknown said...

aku ada baca sket yg adik aku beli with a purple hard cover.. apa ntah tajuknya.. kelakar jugak.. terguling-guling aku gelak..