Monday, May 4, 2009

Nasi Kerabu yang sedap di Serdang / Putrajaya

hari Khamis yang lalu, aku beralih ke makanan sihat (takut lite-lite nak mencekik nasi lemak saban hari. isk) aku dari rumah dah plan nak makan nasi kerabu kat Pintu 1 Putrajaya. kat situ ada gerai yang menempatkan usahawan kelantan dan melayu. yang kelantan nih jual Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Belauk dan Pulut Inti. yang gerai melayu pulak jual nasi lemak, mee/mihun goreng dan juga roti canai. nama gerai tu Kak Mah Nasi Dagang Pintu 1 Putrajaya.
I had Nasi Kerabu with Ikan Goreng while duff had roti canai. superb I tell you! ikan goreng masih panas, nasi kerabu secukup rasa, sampai rasa nak tambah lagi. aku ambil tanpa lada, jadi tak lah pedas sangat. pedas dari sambal aje, tapi memang membangkitkan selera. sedap seh!
dulu kalau datang gerai ni, aku selalu makan Nasi Dagang. pun superb. tapi sekarang beralih kasih ke Nasi Kerabu pula. harga dikenakan dalam lingkungan harga Rm3 hingga 5, ikut apa yang anda pilih lah :)

nasi kerabu yang aku dah makan separuh jalan. ikan pun dah makan sebelah. dah ada tenaga, baru teringat nak ambil gambar. hiks.

nak ambil gambar signboard gerai, tapi dah terlajak. eh, nampak jugak lah. tapi samar bayangan. berjaya jugak aku snap. hiks.

sambil makan, sempat bergossip dengan duff. awek-awek kat meja sebelah kitorang, semuanya pakai selipar Crocs. pastu, gelak kuat-kuat. relevannya? takde. staff dari sebuah IPTS mahal. (hint: sebelah kolej aku. hiks.) dua daripada mereka pakai cyprus, sorang pakai sassari. uhh mek jeles nok. terus cakap kat duff, "b, tengok ar aweks tu pakai crocs b..." duff pun pandang aje lah, sebab kami dah study banyak pasal crocs tapi tak sempat-sempat lagi nak beli (read: kumpul dana dan cari saluran yang sesuai. hiks).
Coming entry:
  • my obsession towards number and my Baby Blue
  • 3 Warehouse sales in 1 day
  • Meet the Parents, Part 2

No comments: