Sunday, January 25, 2009

a weekend in KL


hujung minggu lepas, aku dan Mama ikut Abah menginap di Kuala Lumpur. Abah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh CIDB di Hotel Grand Season's. ini adalah kali kedua kami ikut Abah menginap di sini. biliknya ok sahaja. nak komplen apa lah sangat kan. dah kemudahan orang bagi, lenjan ajelah secukupnya. he he he. 18 Januari yang lalu ulang tahun kelahiran Abah yang ke-56. pagi-pagi lagi, aku ajak depa pi Nasi Lemak Kg Baru. last time stay kat hotel tu, tak sempat nak makan kat situ sebab aku terlajak jalan pastu tak tau nak pusing kat mana. kali ni, aku dah pandai jalan di KL. hi hi. guwe hebat seh :D Mama kata nasi lemaknye taklah sepower yang Abah pernah tapau pada kali terakhir kami lepak kat KL. aku pun tak tau apa yang aku suka sangat makan kat sini. mungkin sebab seronok atas memori yang pernah tercipta di sini, dan aku mahu tambah lagi memori tersebut dengan mengajak kedua orang tuaku ke sini pula. eceh. ayat manis. hi hi.

lewat petang kami makan bersama lagi. kami ke Ampang Park. rancangan asal nak ke Saloma Bistro, sebab waktu siangnye aku dan Mama lalu Jalan Ampang dan Mama ternampak Saloma Bistro. tapi disebabkan orang tuaku nak keluarkan wang di ATM, maka kami ke Ampang Park sahajalah. ces. tak merasa mek nak makan kat Saloma Bistro :p jadi kami menuju ke Cozy Corner. tempat yang selalu ku dengar tapi tak pernah ku jejak. kami memilih meja di sebelah tingkap. kebetulan, nombor meja tersebut adalah 27. tetiba aku yang stress sorang-sorang. "Mama, tahun ni KakMa unur 27 tahun! huwaaaa.." alih-alih betul aku nih. emo tak tentu hala. ha ha. pastu aku tanya Mama, waktu Mama lahirkan Ise, umur Mama berapa tahun. Mama jawab, 27 tahun. aku pun kata, "wah! kalau KakMa jadi Mama masa tu, ni KakMa lagi dua bulan nak bersalin lah ek? owh tidak..." Ise dilahirkan pada 26 Mac. isk. aku memang takleh bayangkan aku bakal ada anak diusia ini. he he. aku dan Mama sungguh berbeza ;)

di Cozy Corner kami memesan ikan bawal goreng dengan sos indonesia, tofu masak bersama isi ketam dan sayur asparagus goreng. sos indonesia tu sedap seh! boleh datang lagi katanya. he he. tapi tak sempat nak ambil gambar sebab ikan tu tiba lambat sikit :p masa pertama kali baca menu, masing-masing teringin nak pesan pencuci mulut. tapi setelah tiga hidangan yang dipesan sudah tiba, terpaksa dibatalkan niat itu sebab 'portion' nya memang sangat mencukupi untuk 3 orang :) kami bertiga pulang ke hotel dengan perut yang kenyang sampai rasa tak larat nak solat. hi hi hi.

foto untuk entri ini dan entri sebelum ini adalah daripada kamera telefon bimbitku, LG KF300. not bad eh kualitinya? ;)
Posted by Picasa

2 comments:

Yours truly said...

mek tak cutikah kamu on monday tue?? hahah yg original cozy corner adalah kedai paling kecik..i;ve tried eating there before..sedap..sama jer yg restaurant besar dgn kedai kecik tue..that's what i've been told by my cousin..hehehehe

alahai apa nak sedih2..embrace the feeling while being single nih..kena +ve thinking ok!!!

Unknown said...

mana cuti monday lepas lepas (19 Jan). kan aku keje yang pakai baju kebaya pink tu. he he.