Friday, January 9, 2009

tentang Mama..

dah seminggu Mama tak kerja.
sebabnya, Mama dah pencen.
pencen dari kerjaya yang amat disukainya.
tiap-tiap hari pasti ada cerita yamg Mama cerita kat aku.
sempat lah nak cerita kan, sebab Mama tak letih macam masa kerja dulu.

hari Isnin, Mama kemas bilik aku.
sampaikan aku cam takut nak masuk bilik sebab bersih sangat.
tapi masuk jugak ler, dah bilik aku kan.
ke ke ke.
tapi memang aku tak tidur kat dalam bilik aku,
aku tidur kat bilik tv.
hi hi hi.
sayang pulak nak buat sepah.
nak tunggu aku yang kemas, ntah bila.
sibuk satu pasal, malas lagi satu hal.
biasalah, anak bujang kan.
ha ha.
bukan bilik aku aje mama kemas.
bilik tv, bilik Ise pun Mama kemas.
sebenarnya, aku nak tidur kat bilik tv tu pon aku mintak permission Mama dulu.
takut Mama bising sbb dia dah kemas semua bilik.
kikiki.

hari Selasa, mama 'polish' perabot2 jati dia.
sempat jugak berkebun.
tanam pokok kelapa gading.

hari Rabu, Mama pergi sekolah lama dia.
sempat la update gossip sekilo dua.
kebetulan, guru besar yang baru takde hari tu.
sampai pkol 3 jugak Mama dok kat sekolah.

kesian jugak tengok Mama dok kat umah aje.
sebab dah biasa tengok Mama g kerja.
hampir hari2 minggu ni aku bawak bekal g kerja.
semalam, mama buat nasi goreng sebelum Subuh,
untuk aku bawak g kerja.
abes goreng, Mama pi Subuh kat surau.
sejak pencen memang rajin Mama pi surau.
isi masa lapang sambil tambah pahala,
tak gitu?
kat rumah pun takde sape.
aku aje lah sensorang.

minggu depan apa pula aktiviti Mama ye?
semoga Mama sihat selalu.
Amin.

4 comments:

Yours truly said...

wah mak ko dah pencen yer..
hehehe suruh ar mak ko berniaga..kekeke mesti boring duduk umah sorg2 :P

Unknown said...

bagi dia rileks2 dulu lah.
nanti nak suruh makcik aku masak, mak aku berniaga.
mesti laris.
he he he.

Wan said...

baik la ko lekas kawin ima..bila mak ko ada cucu..takde la dia sensorang lagi..mesti best mase tu..jgn mara aaa :)

Unknown said...

takyah cari orang lain untuk jadi babysitter, kan iwan kan?
ko nak anta anak ko kat mak aku pun boleh jugak. ke ke ke...