masa virus ni mula-mula 'glamer', aku pernah jugak terfikir, aku leh dapat tak benda nih?
hari ni, dah dapat la jawapannya...
aku mula rasa tak sedap badan bila aku bangun tidur pada hari Selasa, 27 Januari.
sempat lagi lipat baju sebakul dan rasa happy lite2 sebab esoknye (Rabu) nak kerja.
tengah semangat melipat kain masih tinggi, aku punggah baju-baju kurung dalam wardrobe aku, aku nak lipat semula.
baru lipat separuh, aku tak larat (baca: tak mampu nak sambung lipat baju), aku baring lah sekejap.
tau tau aje, terlelap.
sedar dari tidur, lagi rasa tak selesa.
macam panas sket badanku ini.
cari tuala kecil dan aku basahkan, telan panadol actifast, aku sambung tidur.
menjelang 12 tengahari, tuala dah kering, badan makin panas.
nak mandi pun tak kuasa.
terasa sejuk sangat air tu.
sengal tulang memikirkan kesejukan air.
brr.
petang itu satu family hantar aku ke klinik ikhwan di Meru.
bukan doktor biasa yang bertugas.
part timer.
doktor lelaki dan muda.
aku pun citer ar apa simptom2 aku.
tak sedap badan dari pagi, wrist kiri aku sengal lite2, demam.
takde batuk atau selsema.
doc kata, saya bagi injection nak?
alih2 aku wat muka cuak.
doc pun tak jadi nak inject aku.
doc cerita lagi, esok mungkin demam awak makin teruk, awak makan je lah ubat yang saya bagi.
sebelum aku kuar, aku try ar mintak MC.
pastu dia leh pulak cakap, kita tengok esok macam mana ye.
ler, tadi kata bakal teruk, pastu aku mintak MC tanak diberi pula.
ha ha.
dah kuar dari bilik doc, aku sroh Mama mintak MC ngan attendan bertugas.
dapat aje :p
jadinye, semalam aku MC :)
pagi semalam aku mintak Mama buat 'scramble eggs' untuk sarapan.
mengidam beb. hu hu.
pulaknye takde telur kat umah.
Abah keluar pagi2 cari telur di kedai mana aku tak tahu.
lepas sarapan, aku makan ubat.
siangnya tu, kebah jugak ar demam aku.
sempat jugak aku online balas comment kat blog aku n jenguk blog Nasreen.
tengahari tu aku tidur sekejap.
bangun tidur, baru dapat ilham nak mandi.
wah segarnya badan!
solat pun ok.
tapi semalam aku mula rasa sengal pada kedua tangan dan kaki aku.
nak duduk tahiyat awal pun tak berapa selesa sebenarnya.
pergelangan kaki tu takleh terima beban.
waktu petang, fever datang lagi.
yang ni lagi teruk dari semalam.
waktu aku solat Asar, masa aku sujud, rasa cam nak terbakar cuping telinga aku.
muka aku merah padam bukan main.
after dinner, makan ubat, masih berapi badan aku.
tuam ngan tuala lembab pun, cepat aje kering.
jadinye Mama decide untuk bawak pi klinik putri kat Kapar pulak kali ni.
jadi, malam tadi kami sekeleuarga pergi ke Kapar pula.
Alhamdulillah Mama dan Abah sihat untuk bawak aku ke hulu hilir.
yang ni doktor part time jugak.
doktor muda juga tetapi wanita.
Dr. Lashela namanya.
cantik dowh doc nyer.
aku pun cerita la smlm aku dah pi klinik kat Meru, dia bagi ubat apa, apa simptom2 aku.
dengan tenangnya doc tu kata, ni kena chikungunya la nih.
alahai.
terkena jugak aku ye?
doc kata lagi, kalau semalam aku ambil injection, mungkin hari ni dah sembuh.
hi hi.
dah aku jual mahal semalam tanak kena inject :P
merasa la tgk badan sendiri naik ruam merah satu badan.
doc tanye lagi, gatal tak?
aku jawab, tak.
doc kata lagi, esok gatal la tu..meh saya injek awak.
injek? *shivers*
nak tanak kali ni aku memang kena injek lah.
doc sroh aku baring kat katil.
aku ingat nak injek kat lengan, rupanya kat monggeng.
malu aku sekejap.
hi hi.
dapat MC lagi!
hari ni aku bersenang lenang lagi.
officemate pun ada sms, cuti lagi ke?
ya, aku cuti lagi.
Alhamdulillah hari ni dah tak panas badan aku.
merah-merah kat badan ada lagi.
tengah tingkatkan usaha minum air banyak-banyak.
dari malam tadi ke pagi ni baru habis satu botol 1.5L 100plus.
malam tadi BP aku lebih rendah dari hari Selasa.
doakan aku cepat sembuh ya.
terima kasih aku dahulukan :)
2 comments:
banyakkan berehat ye...semoga cepat sembuh :)
terima kasih. saya juga mahu cepat sembuh :)
Post a Comment