Tuesday, January 13, 2009

minggu 'Ujian 1'

tiba-tiba hati aku berdebar. apakah yang bakal aku hadapi? seperti biasa, suah masuk semester ke-3 aku di sini, setiap kali pelajar-pelajarku bakal menduduki ujian atau peperiksaan akhir subjek yang aku ajar, pasti aku akan rasa berdebar. padahal, akulah yang buat soalan. tapi, kenapa aku harus rasa 'seram sejuk' dan berdebar macam aku yang kena duduki ujian/peperiksaan itu. semoga mereka dapat menjawab soalan yang aku gubah untuk mereka dengan baik. InsyaAllah. sentiasa aku doakan mereka dalam doa-doa selepas solatku. macam lagi banyak aku doakan untuk anak-anak murid aku berbanding untuk boiprenku. hiks. takpe kan?

kelas hari ni ada ujian. kelas esok pun ada ujian. 39 + 12 + 21 kertas ujian untuk aku belek dan 'maintain' mode murah hati bagi markah. kekadang sakit hati jugak bila tanda kertas ujian yang kosong, yang patutnye aku fikir 'terima kasih anak murid kesayangan sebab kurangkan penggunaan sel otak untuk figure out apa yang depa nak jawab'. tapi selalunye aku geram ar sebab sekurang-kurangnya, cubalah menjawab. untung sabut, timbul. untung batu, tenggelam. ye tak?

hari ni hari ulangtahun Nasreen kesayanganku. aku dedicate lagu 'Selamat Ulang Tahun Sayang' nyanyian Imran Ajmain. sweet kan aku? aku tau. *hnnh hnnh mode kembang idung* tak tau lah dia dah bukak lom email tu. sibuk cik kak tu walaupun katanya kilang dia production tengah soft. terlebih softlan gamaknye. hiks. semalam pi Alamanda during lunch, thought of buying her something, but end up with empty hands. maybe better luck next time. nak beli gift untuk orang pun kena ada 'tuah' rupanya ye. he he he.

malam esok ada sambutan CNY di kolej. isk. teringin betul nak pergi. tambah lagi ada tarian singa. isk. tarian kegemaran. tapi habisnye malam. hari Khamis aku ada lab jam 8 pagi. tido kat opis, boleh? nak tengok tarian singa. aum aum. nak jugak. aum.

2 comments:

Yours truly said...

hehe thx for mentioning my name in your entry! hehehe no prezzie pun tak per..the thoughts that count! muah! thanks for the song....i've heard it before dalam radio...hehehe

Unknown said...

comel kan lagu tu? hi hi hi. memang tengah hit lagu tu. hiks.