Sunday, January 25, 2009
tentang Encik Q..
inilah cinta hati aku yang terbaru. aku beli selepas 3 kali g PC fair. lama betul untuk aku dapatkan seketul laptop ni. dengan berbekalkan kad ATM Mama (aku tak merompak lah! buat loan tanpa interest jer. hi hi!), aku ke KLCC convention center dengan Duff yang disayangi pada hari Jumaat dengan niat asal mahu mengambil half-day off, namun boss aku berkata, 'tak perlu ambil leave lah! boleh aje pergi sebab kita kerja dgn electronics dept. u pergi aje 2-3 jam lepastu u datang office semula lah!' oho ho ho.. takde istilah 2-3 jam aje pergi shopping kalau untuk saya nih boss! ha ha. tambahan lagi, boss aku memang ambil leave pada hari tersebut. memang panjang lah langkah aku. hi hi.
punya lah cerewet aku punye spesifikasi. nak yang screen 12", bawah 2 kg, bawah rm2800. cuma satu ni je yang memenuhi spesifikasi yang aku tetapkan.rembat aje lah. nak tunggu aku cari lagi, ntah bile. tambahan lagi aku memang sangat sangat sangat memerlukan laptop untuk kegunaan kerja. dah tak larat dah aku nak usung laptop yang disediakan dept. berat untuk aku usung naik bangunan blok 9 yang walaupun cuma kat tingkat 2, tapi rasanya macam panjat bangunan 4 tingkat! ok, tak ar 4 tingkat. 3 tingkat ar kot. design bangunan tu yang bersiling sangat tinggi. hmm. hebat sangat la tu konon. :p
rajin pulak aku kongsi cerita kat blog ni ek? ha ha. ada baaaanyak lagi foto yang aku nak kongsi. tunggu aku rajin nak bercerita lagi lah ye :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
cececece laptop baru. aku jugak yg tak berlaptop2 jugak hehehehe. so aku expect ko akan rajin update blog la ye cik ima! huhu
wifi di rumah + laptop = insyaAllah makin rajin update blog! ke ke ke ke..
Post a Comment