semalam aku rasa tak best sangat bila dah habis mengajar. pagi semalam ada kelas *VHDL. buat kat lab sebab takde empty classroom. kelam -kabut jugak la sebab tak biasa merempat di sana sini. sekalinya, lupa nak bawak notes. student yang datang pulak tak ramai. hilang arah sebab takde notes tu satu, student tak ramai pun buat jiwa aku tak seronok. notes softcopy tu ada, tapi tak sama syok dengan ada nota hardcopy. sebagai pengsudahan, kelas habis awal lagi. haih lah. bila la nak kelas yang cukup masa betul-betul. harap-harap minggu depan aku dapat ingat untuk bawa semua barang yang aku perlukan. aku rasa aku perlukan satu bag balik kampung untuk angkut semua keperluan aku. heh.
kelas petang pula, presentation untuk subjek *semiconductor. buat kelas selepas solat Jumaat, masing-masing agak lemau juga. pastu cam malu-malu nak wat presentation. lembab betul nak gerak ke depan. pastu orang buat presentation, dia boleh cakap-cakap pulak kat belakang. yang datang lambat tu takyah cerita ar. aih. terlupa pula nak kena banyakkan sabar, kan? maaf ye anak-anak muridku. huhu.
minggu depan akan ulang kitar yang sama. hari-hari aku ada kelas. cuma hari isnin, rabu dan khamis petang sahaja aku takde kelas. I want to be a great lecturer this semester. yosh!
3 thoughts:
aku pulak, dah ada softcopy notes sudah cukup. kalo takda softcopy's, mcm tokleh nak buat kelas je. takut budak2 nganga hehehe
i think i should start a teaching journal as well la. senang kan di kemudian hari? can look back etc. Apa lagi, create another blog lah hehehehe
teaching journal aku offline aje. tapi ok gak untuk start. something for us to reflect on later. ;)
Post a Comment