Saturday, January 9, 2010

handbag Ellel

hadiah ni untuk 10 years reunion dinner STF959 yang berlangsung pada 7 November 2009. seronok jumpa rakan-rakan. rasa macam baru kelmarin habis SPM. ada juga yang aku tak jumpa sejak habis SPM. reunion yang sangat santai. memang bagus untuk kami yang kaki kepoh dan selamba ni. tak perlu nak protokol bagai dengan theme yang gempak-gempak. yang dulu zaman sekolah comot-comot aje pakai tudung sekolah, sekarang dah ranggi-ranggi, kerja pun bagus-bagus.

seronok tengok orang yang datang satu persatu. aku antara yang awal sampai. masing-masing datang dengan 'perhiasan'. ada yang perhiasan di tangan, seperti handbag yang mahal-mahal dan anak mereka yang pertama dan kedua. ada yang perhiasan besar, iaitu suami mereka. ada perhiasan yang disorokkan, iaitu kandungan yang masih belum keluar.

kamera besar memang bersepah malam itu. tambahan pula, masing-masing memang gila bergambar. aku tak tahulah berapa banyak perkataan 'masing' akan digunakan di dalam entry ini. huhu.

penerima hadiah untuk sesi bertukar hadiah adalah Cik Ely Nazarina. dapat aje hadiah tu, terus dia bukak. terharu aku sebab dia suka. aku pun suka bag tu. tapi tak sempat nak beli untuk diri sendiri. aku dapat hadiah from bakdin. gelang tangan warna tekois. ngeh.

malam yang patutnya orang bergumbira dan happy dapat jumpa rakan-rakan lama, namun airmataku tertumpah jua. automatik aje. tanpa dipinta. semasa aku salam dan peluk Id dan Bakdin. syahdu bila teringat kenangan-kenangan lama. dibesarkan jauh dari ibu bapa, dikelilingi rakan-rakan yang sehati sejiwa.

reunion akan datang, buat kat sekolah ye? ;) terima kasih kepada Izyan and the team yang bertungkus lumus memastikan reunion ini menjadi kenyataan. sayang kalian srikandi 959 :-*


1 comment:

fieza said...

syoknye ima.. aku teringin nak join hari tu, tapi xsempat la.. de hal..