my classes are pretty colourful this semester. colourful in terms of the learning environment. aku sedang mengeksperimentasikan kaedah pembelajaran. bukan kaedah lecture biasa. sama-sama cari bahan berpandukan topik, sama-sama kongsi apa yang telah difahami. my role is to guide them, tweak them a little bit, intimidate them. ceh. tulis macam real, kan? aku mesti le jadi yang baik. tambah mana-mana yang patut. harapan aku dengan buat camni, supaya diorang tak perlu study lagi bila keluar dari kelas. memang kejutan budaya untuk diorang, sebab diorang dah biasa disuap dan tidur. nak bagi diorang gerak aktif macam ni, agak ambil masa. aku harap minggu hadapan mereka akan lebih cargas.
satu lagi kaedah yang aku cuba adalah tulis jurnal pembelajaran @ teaching journal. sebelum masuk kelas, aku tulis apa aku plan nak buat. tulis guna notepad, tulis sekali tarikh dan subjek. habis kelas, tulis apa yang berlaku semasa kelas. mula-mula tu, tulis sikit-sikit aje. dah dua tiga kali kelas, dah panjang macam tulis blog. seronok jugak buat journal tu. selama ni merancang dalam hati, or berpandukan teaching plan yang dah buat sejak awal tahun. tapi tu tak mencukupi, sebab kurang 'humane'. macam lebih kepada nak capai ISO aje, takde nilai kemanusiaan diterapkan.
sem ni jugak, aku buat benda yang aku tak pernah buat. sebelum mula belajar, aku wat 'benda lain'. bukan membebel, bukan berceramah. aku bagi semua student aku sehelai kertas A4. pastu aku 'buli' diorang. aku suruh tulis nama diorang kat belah atas kanan kertas, tulis matric ID kat belah bawah kiri kertas. semua dah buat muka puzzled dah. "apahal le mak aji sorang nih. buang tebiat ke sroh tulis atas bawah bagai?" mungkin itu apa yang diorang kata. haha.
tapi, aku tidak berhenti di situ sahaja. aku suruh diorang buat apa sahaja diorang nak buat. tulis surat cinta, tulis lagu, melukis, buat origami, anything under the sun. pun masih pening-pening dengan arahan aku. ada yang buat notes subjek tu. risau kot lepas tu aku nak buat kuiz. ngeh. aku tak sengaja lembut hati pulak. kekeke. ada yang lukis pemandangan. ada yang lukis buku teks kelas tu. haha. ada yang buat kapal terbang kertas. ada yang tulis pasal diri dia sendiri. ada yang buat brief introduction pasal subjek. obses belajar sungguh. saja bagi diorang peluang untuk kembangkan otak. masuk kelas bukan bermaksud cuma belajar tentang subjek tu aje, kan? aku sendiri buat sampan kertas. :D
next time maybe i can conduct a little game, or maybe a teka-teki session. kena mula kumpul bahan nih. ;)
esok ada kelas ganti. ganti berjemaah untuk 7 minggu semasa aku takde. pagi kelas *VHDL, petang lak kelas *semiconductor. Ya Allah, berilah hambaMu ini kekuatan dan ketabahan. Amin.
5 thoughts:
cayalah mak aji! kreatif gitu sejak jumpa ramai pak arab :-)
ima! wah,ko mmg betul2 ada jiwa pendidik. aku sukalah :) membina generasi masa hadapan~
bestnya kalo lecturers aku dlu mcm ko hehehh
pak arab kacak B-)
insyaAllah Amin!
beb, hehe love the way you pelbagai kan your teaching methods..bleh bagi aku idea as well mcm mana nak ngajar nnt :P
cuba try test aje. as for me, tak de pun formal background untuk mengajar. mengajar pun tiru style our lecturers dulu. ngeh.
Post a Comment