Thursday, March 5, 2009

Kuasa keyakinan pada yang Esa

Have you ever witnessed a miracle? I do. Today.

I had a pretty rough week starting Tuesday. Anak-anak murid kesayangan really drive me to the wall. Tak pernah aku hilang kawalan perasaan marah seperti minggu ini. PMS memberi sumbangan terbesar dalam hal ini, aku rasa. Aku punye marah samapi aku terasa hidung dan telinga aku nak keluar api, rambut dah menggerbang macam kena karen. Mujur aku bertudung. Geram betul lah. Minggu ni aku buat finals untuk Lab. Serius, macam-macam karenah anak murid aku sem ni. Dengan tak tau bila tarikh aku buat finals, dengan tak bangun tidur. MashaAllah. Ini dugaan terbesar selama aku menjadi pengajar. Aku tewas menghadapi dugaan ini dengan mempamerkan kemarahan aku kepada mereka. Sesungguhnya iman aku memang lemah.

Aku benar-benar menantikan hari Khamis, kerana tugas aku akan berakhir. End of lecture of the semester. Sesudah habis sesi makmal terakhir tadi, otak aku seakan 'jammed'. Aku tak boleh nak buat apa-apa. padahal banyak lagi tugasan belum selesai. Anak-anak murid sibuk bertanya tentang 'carry marks' mereka. Terdapat markah yang aku belum kemaskini. Mereka sibuk nak tahu markah mereka, aku rasa bunyi diorang macam kicauan anak ayam yang banyak. Bising. Bingit. Buat aku makin tertekan.

Aku tidak betah duduk di kerusi aku lagi. Aku buat keputusan untuk pulang awal. Di belakang kereta aku, ada sebuah Kancil biru memarkir secara melintang, dalam jarak lebih kurang 2 depa dari kereta aku. Aku agak dengan skill dan mata kasar aku, memang aku tak boleh lepas. Aku cuba beberapa kali lipat, undur, dan maju, sebelum mengalah. Aku hubungi kekasih hati, kata aku tak boleh keluar dari tempat parkir berbumbung. Aku hampir putus asa, disebabkan tekanan kerja dan mahu 'escape' dari persekitaran kerja. Kekasih hati meminta aku membaca Al-Fatihah yang dikhususkan pada pemilik Kancil biru itu. Kekasih hati juga minta aku membaca sepenuh hati. Aku memutuskan talian dan buat seperti yang disuruh.

Selesai sahaja membaca, airmata aku mengalir. Sekonyong-konyong pandangan mataku yang kabur dek airmata, aku ternampak satu lembaga. Rupa-rupanya, salah seorang anak muridku yang ada di situ datang nak membantu. Pada masa itu, sudah hampir 5 minit aku terkandas di situ. Anak murid aku tolong tengokkan agak-agak aku akan langgar atau tak Kancil biru itu. Tak lama kemudian, beberapa orang anak muridku yang lain turut datang membantu. Rakan sepejabat (bukan pensyarah) pun datang dan tolong. Mungkin muka aku masa itu sangat sedih dan tertekan, membuatkan mereka nak tolong aku. I am just plain helpless when it comes to driving in narrow spaces. Bleurgh. Setelah berusaha potong habis, undur dan maju buat beberapa minit, akhirnya terbolos juga kereta aku.

Alhamdulillah. Niat aku semasa mebaca Al-Fatihah adalah agar pemandu Kancil biru itu yang datang alihkan kereta dia. Namun, Allah turunkan pertolongan yang tidak memerlukan aku melampiaskan kemarahan aku pada pemilik Kancil biru itu. Aku tak putus-putus mengucapkan syukur kerana berjaya membebaskan diri dari tempat kerja. Besarnya kuasa Allah yang kasih pada hamba-Nya. I am really humbled by that incident. Allah akan membantu hamba-Nya yang meminta daripada-Nya.

2 comments:

Afzan said...

Oh.. kak ima mengajar kat mane ye?

Unknown said...

*KLIUC dares! ;)