Monday, March 23, 2009

kenduri kahwin ada ikan siakap stim weh..



Pada hari Ahad, kami sekeluarga ke Rantau Panjang, Klang untuk mengikuti kursus. Ramai yang kenal Mama. Ye lah, Mama I kan glamour. hiks. Aku pun tumpang syok sekaki sebab kawan-kawan Mama tu ada jugak yang aku kenal. Kursus tu dari pagi sampai tengahari. Penceramah dia pun best. Orang Jawa, buat jokes pun ada jugak yang dalam Jawa. Jadinya, taklah mengantuk sangat walaupun lama. Looking forward for next Sunday :)

Habis sahaja kursus, kami ke Batu Belah, Klang untuk satu majlis kenduri. Anak tokey restoran Ramai Seafood yang kami sekeluarga suka pergi bila teringin nak makan besar tapi dekat dengan rumah. he he. Kami sampai lebih kurang 12 tengahari lebih sikit. Yang mengejutkan aku adalah kami disambut oleh pengantin itu sendiri. Ini barulah betul. kita datang kenduri nak tengok pengantin tu. Ini, siap kedatangan kita disambut oleh pengantin lagi. Pukul 12 dah siap terpacak kat pintu pagar suami isteri. Aku memang tabik spring lah kat depa. Boleh dicontohi. Banyak pasangan lain dok sibuk bergambar lah, sibuk bermekap lah. Tetamu datang untuk meraikan pengantin. Sekurang-kurangnya kita nampak rupa pengantin tu cemana. Tidak le asyik dok kat dalam nak posing2 ambil gambar atas pelamin lah, atas katil lah. Kawan-kawan datang dari jauh pun tak dapat nak jumpa. Baik takyah jemput yg jauh in the first place. bleurgh.

Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat :)
Posted by Picasa

2 comments:

Yours truly said...

beb the pengantin punya baju not so bad ek...cantik kaler dia..hehehe

Unknown said...

yup.. grey combined with pink beadings.. n the pink colour is not overpowering for the groom.. very nice combination :)