Wednesday, January 9, 2008

ni buktinye aku takde kerja hari ni :p

dah masuk 2nd entry for the day.
memang nampak sangatlah aku ni takde kerja hari ni kan?
well, guilt aside, aku dah turun dan jumpa HOD.
beliau menyatakan bahawa beliau belum decide subjek untuk aku lagi.
oleh sebab itu, tiada apa yang boleh saya lakukan demi pekerjaan saya hari ini.
sungguh menakutkan kebosanan yang melanda aku hari ini.
pada pengalaman kerjaku yang lepas, aku nak mengular, goyang kaki, surf internet sepanjang hari aku tak rasa bersalah sangat, sebab abah yang bayar.
ni dah bukan company bapak aku.
aku segan ar nak buat camtu lagi.
mujur HOD aku ni baik hati katanya.
memang baik lah aku tengok dalam masa 3 hari ni.
dia tengok aku duduk bermalas-malasan sambil angkat kaki atas meja pun dia boleh tenang aje.
ok.
takdelah aku nak letak kaki atas meja.
tak belajar adab ke.
huhu.
dah abes berkenalan ngan semua lecturer kat sini.
yang full time punya lah.
semua perempuan.
ada akak yang gojes tu kan, bawak baby red.
dah ada anak sorang.
tp gojes lah :)
yang lain pon ok gak.
tapi aku macam masih cuak.
well, I am still new with everything.
cemane pon, kena la get along with everything kan?
my confidence level is still low.
kenalah bergaul dengan ramai orang baru ok kan?
ok lah.
mau solat asar.
jap lagi boleh pulang.
dah 5.15pm.
5.30 boleh cabut :D
selamat tahun baru untuk semua.
jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun ye :)

2 comments:

Reen said...

beb, sorry tak sempat nak check blog ko..as u know i'm pretty much bz after coming back from Bali..hehehe tak per enjoy the moment of goyang kaki..once u got a task..haa baru la kamu menyesal ok! :)

keje elok2..nnt bleh ber YM bila senang :D

Unknown said...

ya lor.. nanti dah ada kerja, nak angkat punggung pun tak sempat kot..hehehe..