takde mood nak update blog semalam. sebab Nasreen tak masuk kerja. pembaca setia aku takde, jadi aku takde drive nak menulis. he he.
batuk masih bersisa. nak makan pun tak berapa ada selera. akan makan bila dipaksa. semalam bawak bekal roti pun tak luak. air jarang yang dibawa pun tak habis. semalam sesiangan aku berteleku di opis. tengahari g cari burger, pastu sambung berteleku dalam opisku yang permai ini. aku jumpa manual lif yang dipasang di hostel kolej ini, lantas membacanya dari kulit ke kulit. takde ar best sangat. nipis aje. tak tebal pun. semalam aku sampai opis jam 7.46 pagi. pulang tepat jam 5.30 petang. nanti kalau aku dah ada kerja, tentu bukan begini waktu pulang aku.
hari ni aku sampai jam 8.07 pagi. aku merancang mahu ke perpustakaan hari ini. lepak2 sambil tengok koleksi buku yang ada. sebelum itu, perlu aku jumpa boss sebab semalam seharian aku tidak bertemunya. sungguh kurang asam pekerja baru seorang ini. duduk keseorangan di atas ini, buat aku malas nak g mana2. tambahan lagi dengan adanya kemudahan internet yang tidak bertepi. isk. perlu berusaha. ya. berusaha. belajar untuk mengajar. mungkin aku akan menghadiri kelas untuk melihat bagaiman rakan sekerjaku menjalankan tugas. mungkin aku akan lepak di library. mungkin aku akan menyongket bersama rakan2 setugas. tapi, itu semua cuma boleh dilaksanakan kalau aku lepak di bawah :)
semalam aku menerima diari syarikat. menarik. boleh aku menconteng belanjawan Februari 2008. owh aku baru teringat. lagi satu sebab aku takde mood semalam sebab aku telah memarkir kereta di tempat orang. aku difahamkan boleh parkir di kawasan berbumbung kalau ada kekosongan. tidak pula ku tahu ada satu tempat yang dikhaskan untuk pekerja senior yang duduk satu pejabat denganku. dia sampai lebih lewat dariku. sebagai tanda protes dari hari ini sampai aku berhenti kerja, aku taknak dah parkir di bawah kawasan berbumbung. biarlah baby blue terpaksa berpanas sikit2. tipulah itu first come first serve punye basis. podah lah.
semalam belajar satu perkataan baru. arduous. sinonimnya adalah strenuous. maksudnya, menurut pemahaman aku, mempunyai kemahiran dalam melakukan sesuatu. lebih kurang begitu. tapi aku masih belum tahu bagaiman untuk menggunakan perkataan itu. sila tunjuk ajar ya :)
sekian sahaja isen dariku hari ini. kalau ada kelapangan, akan ku coretkan lagi kata-kata indah bersulam kesuraman opisku ini. he he.
No comments:
Post a Comment