pernah kena tag dengan Nasreen pasal benda nih. ke Nasreen punye pasal 8 weird stuffs ek? aku pon dah tak ingat. kerana masih dalam aura membuat tag, maka aku buat pasal inilah. sebab aku nak tag semula itu LordBudak. he he he. payback time. ke LordBudak sudah buat jugak? ah, belasah aje :p
1. aku sangat mudah dipengaruhi orang. tambahan pula, orang tu rapat ngan aku. macam masa aku wat masters dulu, aku baik ngan KakMas. dia kata tak elok makan air batu, seperti slurpee. masa tu, aku kalau tension je, mesti cari slurpee. tapi setelah KakMas kata gitu, aku terus tak makan slurpee. sampai sekarang, jarang-jarang aku makan.
2. aku boleh suka sesuatu benda tu kalau orang yang aku suka tu suka benda tu. seperti 4 tahun yang lalu, pacarku pada waktu itu, suka minum teh O panas kurang manis. sejak dari itu, aku pun suka minuman tersebut. kini, walaupun sudah tidak bersama mamat itu, aku masih gemar minuman tersebut.
3. aku susah nak tidur tanpa barang yang aku suka. buat masa ini, aku susah nak tidur tanpa my baby blue fleece blanket and my teddy bear. kalau ada salah satu, baru leh nak tidur malam. kalau tak, asyik gelisah aje. sebab tu, kalau aku travel memana, aku akan bawak fleece blanket tu. kalau tak, terkebil2 tak tentu hala or tidur tak tenang lah. akibatnya, tidurku tidak berkualiti.
4. aku boleh bermain alat muzik. masa zaman sekolah menengah, aku main euphonium. sebelum tu aku main baritone. kat sekolah aku, dua benda nih duduk satu family. dah senior sket, naik pangkat ar main euphonium. tapi masa SUKOM98, aku main baritone. euphonium dia buruk. aku tak rela.
5. waktu aku drive, aku suka sangkutkan tangan kiri aku kat bahagian bawah stereng kete. tu aku rasa paling relax lah waktu memandu. rasa macma aku paling hebat drive. tp tu waktu aku tengah drive leasurely lah. kalau merempit, tangan pada 11 dan 2 :) (merempit lah sangat kan..)
6. aku mudah jatuh cinta. tak nak elaborate panjang :)
7. aku suka cipta terma dan gaya bahasa baru. macam beberapa tahun lepas, aku mula panggil kawan2 aku beb, pastu diorang pon tiru. he he. paling terkini, aku suka guna terma '20 sen', seperti aku smsm Ida pada Ahad lepas, 'argh! wiken tinggal 20 sen aje!!' yang membawa maksud, wiken dah nak abes. dan aku suka bebel pada Duff yang 'minyak dah tinggal 20 sen aje.. baru tiga hari kerja.. huhu..' yang membawa maksud minyak dah nak abes.
8. aku mudah terharu. mudah tersentuh. tengok movie kartun Robots pun aku leleh. inikan pula tengok movie CINTA. tak cukup tudung aku nak lap. tgk iklan hari raya nanges. tengok iklan deepavali nanges. tengok iklan CNY nanges. apa yg aku tak nanges??
hari ni aku takde keje lagi. dok chat kat tagJoe aje dari pagi. he he. dengan ini, aku mengetag warga reban ayam terutamanya LordBudak dan sesiapa sahaja yang nak membuat tag ini. sekian, terima kasih.
2 comments:
baper kurun punye TAG lar ko baru nak buat nih ima..hehehe
yeah i'm back..tulisla byk2 lagi :P
lps nih myb lambat bleh letak comment as i assume tomorrow will be a bz day for me..hehehe
ok ar nih aku jawab jugak.. hehehe.. alang2 in the mood.. kekeke.. dah 3 hari hang cuti, mesti ar bz...
Post a Comment