Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan 1430

Alhamdulillah. dapat kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. syukur ke hadrat Illahi kita masih sihat dan dapat menunaikan fardhu yang diwajibkan ke atas kita hanya sekali dalam setahun. semoga kita tidak culas untuk mengerjakan ibadat dan sebaiknya merebut peluang untuk beribadat, sementara tiada hasutan daripada syaitan, insyaAllah.

wah, mukadimah macam rancangan kat Oasis aje. kekeke. how's your puasa? mine, great! tido semedang, mana tak great nye. kekekeke.

semalam adalah hari penuh emosi bagi aku. pagi tu aku bersarapan ngan duff, berkongsi cerita dan perasaan. aku tak tau nape tapi rasa hiba sangat-sangat nak masuk Ramadhan kali ni. rasa takut dengan dosa yang lalu dengan insan-insan yang aku pernah jumpa, adakah mereka memaafkan kesilapan diri aku? aku dan duff salin bermaafan, semoga hubungan persahabatan kami akan dipermudahkan untuk ke fasa yang seterusnya, insyaAllah. a very touching moment for me. isk.

rasa nak minta maaf tu terbawa-bawa sampai ke tempat kerja. met some online friends on YM, minta maaf ngan depa. tapi tak sempat nak karang email minta maad for my UTM friends. mungkin aku boleh minta maaf masa jumpa kat KL sempena our annual breaking fast plus reunion nanti.

tengahari tu aku lunch ngan Haza. Haza is my student. anak murid perempuan yach. hehe. sebaya ngan aku. alhamdulillah masa tu dah tak sedih sangat. we had lunch at Ani Sup Utara, BBB Seksyen 9. pastu kami g cuci mata kat Wisma CK Rahim, BBB Seksyen 7. mak aih. baaaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaaaak sangat kerongsang! murs murs lak tu. pergh. yang brooch kecik2 tapi idak le kecik sangat yang biasanya dijual 4 rm10, kat situ 5 rm10. brooch set (ibu + anak) yang biasanya rm14, rm15 or rm17, kat situ rm10 sajork! ayooo very der rambang mata one I tell u. hiks! pasti akan datang sini setelah ada rm dalam poket. mahu beli untuk Mama, Syaza, CikOpan, Epong, dan untuk ahli wanita keluarga duff. hiks. operasi mengambil hati di bulan mulia. hik hik.

petang tu ada VLSI*lab with a bunch of my favourite students. [ceh, ada fav students katanya. bias ar tu! ceh.] at the end of the lab session, aku pun minta maaf ngan depa. isk. sebak semula ar neh. isk isk. aku anggap depa nih macam kawan-kawan. mungkin kadang-kadang batasan antara pelajar dan pengajar tu jadi kabur, kat situlah selalunya baik kita ni disalah ertikan. tapi takpelah. hope all of us have a clean slate to start our Ramadhan, and have a prosperous one for all! :)

7 comments:

Yours truly said...

dengan muka tak malu : aku nak gak kerongsang! amik hati kawan baik kamu nih! wakakaka :P
just joking beb!

insya Allah, semoga ibadat puasa kita akan diberkati oleh-Nya...
aku pun rasa sedih gak teringat dosa2 yg aku buat dulu...huhuhu

Unknown said...

mahu jugak ya? tengok ar nanti kalau aku teringat kat ko masa aku membeli ye? hiks...

frappe_crush said...

Bila tgk tajuk entri hang Salam Ramadhan 1430, terus aku terbayang umor aku tahun islam..dah meningkat 30 tahun rupanya..cepatnya masa berlalu..

Unknown said...

:)

selamat berumur 20 tahun hijrah!

Unknown said...

aiyaa typo..

30

:)

Kakda said...

Selamat berpuasa. Salam perkenalan dari Kak da.

Unknown said...

salam!

selamat berpuasa juga :)