tengahari tu aku dah terbersin-bersin jugak. tak biasa dengan udara kota agaknya. petang tu gak ambil panadol*soluble. kurang ar sket. just had tuna sandwich for dinner.
later that night, Abah brought back sume sardin pastries for supper. leftovers from the seminar. aku makan la dua ketul sebab lapar. lepas makan tu, perut aku memulas pula. takde hal, pergilah buat apa yang perlu. bersin pulak makin laju, perut lak makin sakit. aku tengah iron baju masa tu. dua tiga kali aku berulang ke bilik air.
lepas kali kedua aku dok berteleku kat toilet, sambil aku bersin, terasa pulak gusi aku gatal. kenapalah gatal pualk kan? pastu terasa bibir aku bengkak. AngelinaJolie pun sujud ngan aku kot. haha. masa tu dah nak masuk pukul 2 pagi. Mama n Abah baru masuk tidur. aku ingatkan lepas aku gosok gigi, ok lah kan gatal kat gusi nih. tetiba, terasa pulak dada aku makin sesak. makin susah aku nak tarik nafas. teringat pula cerita Bakdin digigit labah-labah. kena sesak nafas gak. aku kena gigit ngan labah-labah jugak ke?
nak tak nak, aku kejut jugak le Mama n Abah. tak nak la depa panik, tapi aksi aku sah-sah le akan wat depa panik jugak, kan? huhu. masing-masing rush pakai baju, bawak apa yang patut. Abah ambil kereta. nak tunggu lif terasa sikit punye lama. mujurlah duduk kat hotel yang berdepan dengan HKL. takde la pening nak g mana, kan? hehe. tu pun Abah suggest g klinik apa ntah. aku kata, terjah ajelah emergency HKL tu. maka kami ke seberang jalan ajelah, tapi naik kereta.
sampai kat HKL, tak la sesak nafas macam masa kat bilik hotel tadi. dah kurang sikit. tapi nervous masuk hospital tetap ada. seb baik masa tu takde orang eksiden yang parah2 datang. susah kang depa kena usung Mama pulak. he he. Mama tak boleh tengok darah.
owh berbalik kepada aku. sampai kat situ aje, terus masuk unit triage. depa amik BP. dok tanya aku ada alergik ke, semput ke. hailah susah betul nak jawab sambil nafas turun naik tak tentu hala neh. sempat lagi tu dok sms duff, kata aku g sepital, mau kelam kabut mamat tu. seb baik dia lom tido lagi. dapat naik kerusi roda. ho ho. feeling orang sakit :p
tunggu dekat setengah jam jugak sebelum dapat jumpa doktor. dah tak sesak nafas dah. bengkak kat bibir pun dah surut. hingus di hidung masih bersisa. kemudian masuk ke dalam jumpa doktor. Mama dah cuak dah dok cakap kat doktor macam-macam bila doktor tu dok menulis aje. doktor check, kata tekak aku merah dan bengkak. mungkin sebab tu le jadi benda2 lain tu. aku rasa kesan alahan jugak kot. nasib baik sementara aje kesannya.
doktor bagi paracetamol, ubat selsema, ubat batuk n antibiotik. dari selsema aje, aku jadi demam. demam terkejut kot. aku kuar dari bilik rawatan, duff ada kat luar ngan abah. sempat le aku merasa disorong duff. ho ho. g ambil ubat kat farmasi, sempat le dengar duff bercakap-cakap. rindunye aku kat pacarku nan satu iniew :)
itulah kisahnya Nasreen. bukan demam sebab banyak sangat shopping yer, sebab terkejut kena alergik. ha ha ha. Alhamdulillah hari ni dah ok sket. first time aku tak kerja sampai kena cancel kelas. matilah aku nak ganti bila lah nih. takde cuti raya kot? he he.
6 comments:
owh..terkejut aku baca yg perenggan awal2 tue..
alhamdulillah ko cepat gi ke Hospital! huhuhu
ada bakat tulis saspen2 ek aku nih? haha.. want to tell u earlier, tapi rasa tulis kat blog cam lagi gempak. hiks.
ni kejadian ahad yg lepas ke bile ni ima?
ko g jalan TAR ahad lepas ke? aku pun pergi gak time tu..
alhamdulillah ko dh sihat
beb, puasa aku nak ke KL nnt together with yana..blehla ko kenal dia..she knows bout you as well sbb aku ada citer pasal ko gak..kekekeke
excited nih nak gi ke sana...kalau bleh nak menumpang adik S nnt hehehe
yani: ahad baru nih (2 Ogos 2009). kenapa tak bertemu ya? haih..
nasreen: sila invite aku lagi nanti! mahu ikut jalan-jalan.. hehehe..
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
Post a Comment