jam 10 pagi, aku dah terpacak di kelas. pasang projector pada laptop, sambil tunggu kelas penuh. mulakan kelas setelah mengunci semua pintu untuk memberi amaran kepada pelajar yang lewat. kelas bermula perlahan. namun, minda yang kosong dan dahagakan ilmu mesti diisi. semua menerima sahaja apa yang aku cakap tanpa sebarang bantahan. Alhamdulillah. moga-moga adalah ilmu yang lekat seketul dua, insyaAllah.
jam 2 petang, aku gerak ke Klang. tukar penama akaun Tabung Haji aku. selesai. aku kaya. naah. kaya duit orang lain buat apa. ambil juga borang potong gaji untuk simpanan TH. dah setahun kerja baru nak potong gaji. hu hu. tak salah untuk mula menabung, kan?
balik Meru. singgah dentist. tutup! bukak semula pukul 5 ptg. pulang ke rumah dahulu lah. kat rumah, Mama sibuk tengah kemas rumah. aku dah mula ada rama-rama dalam perut. mengadu pada Mama, KakMa takut la nak g cabut gigi. huhu. pukul 5, Mama siap nak keluar. jeling-jeling aku yang dok chatting sambil Mama berkata, 'aik, tak nak pergi ke?' hmm. takleh nak mengelak lagi dah. vroom lah ke dentist sekali lagi.
sampai di situ, doktor belum masuk lagi. layan SBSP sket, aqso&madina sket. hilangkan gemuruh konon. doc sampai, kita mulakan operasi lah.Mama pun masuk sekali. memberi kata-kata semangat gitu. aku bukak cermin mata, sebab tak nak tengok betapa besar picagari yang bakal digunakan. haha. aku yakin picagari tu besar. aku tak nak tengok playar yang bakal digunakan jugak, yang aku yakin ianya sangat berkilat. sebelum aku nganga mulut untuk puan doktor buat kerja dia, aku tanya ar dulu soalan-soalan orang penakut macam aku nih. sakit tak injek? sakit tak kena cabut? puan doktor memang baik hati. lembut aje dia jawab, tak sakit. heh.
selepas menenangkan diri dengan bismillah dan selawat, puan doktor injek. takde ar sakit sangat, alhamdulillah. rasa macam tercucuk lidi sate kat gusi atau lelangit. masa bius tu berfungsi, aku tergelak-gelak. sebab rasa lelangit aku membesar. rasa kebas memang menular dengan jayanya. nak cakap pun rasa tak keluar butir. Mama terus temuramah puan doktor. belajar 5 tahun di Adelaide. kerja 2 tahun di sana. balik Msia, kerja dia UIA*M selama 10 tahun. kini, puan doktor telah buka klinik pergigian atas namanya.
pastu, puan doktor kembali beraksi. gigi kena ketuk sikit, goyang sket, pastu dicabut. keriuk-keriuk bunyinya. sedar-sedar aje, dah disumbat ngan kapas. gigi geraham bongsu yang tumbuh secara senget dan gigi geraham kecil telah terkorban hari ni. now, I have my own ickle and Lardee. hiks. MMSed the toof to duff n Nasreen. haha.
4 lagi perlu ditumbangkan. tabahkanlah hatiku. sekarang bukan masanya untuk berundur. takkan lah nak rongak camnih sampai tua? hohoho. tak mungkin aku nak g tengok Nasreen bersanding dengan aku yang ompong ini. hahaha.
nota: ompong adalah rongak dalam Bahasa Jawa.
2 comments:
hehe terkekek-kekek aku ketawa baca kronologi ko nak cabut gigi nih
btw ko cabut bhgn mana ek? bukan geraham kan? yg nih kat depan ker?
geraham la kakak..
gigi nombor 4 dari depan, tengah..
takkan le nak cabut yang mancung tu..
wakakakaka..
Post a Comment