Thursday, July 16, 2009

lama tidak bertemu, rindu rasa hati..

4 hari aku tak jumpa duff. hari Rabu baru ketemuan. Isnin dan Selasa, masing-masing sibuk. tak dapat jumpa, encik duff pun suka lah nak cranky2. so sweet. tapi taknak admit dia tu cranky sebab tak dapat jumpa aku. double sweet.

jadi, semalam encik duff jumpa cikIma yang dah ompong. hihihi. aku usik dia lebih-lebih, dia boleh cakap, "amboi, bukan main lagi cakap orang takde gigi nih!" hahaha. nasib la dapat awek ompong. nak lunch pun tak selera. encik duff ambikkan kentang goreng untuk cikIma sebab cikIma taknak makan nasi. semalam, gigi-gigi yang tinggal nih macam sengal-sengal. mungkin kesan bius kot. hari ni masih sengal jugak, tapi dah kurang ar.

kalau sebut huruf S, ada bunyik 'bocor'. kalau cakap laju-laju pun terasa 'bocor'. haha. kelakar. sebab seumur hidup tak pernah cabut gigi. merasalah orang yang baca blog nih aku akan cerita entry pasal cabut gigi dan gigi entah berapa kali lagi ntah. cuma topik ni je yang mengujakan aku untuk berbelog. haha.

nak cabut gigi lagi hari Sabtu. ingat nak cabut hari esok (Jumaat), tapi klinik tu bukak sampai 6pm je. mana sempat nak sampai Meru by 6pm. cabut pagi-pagi Sabtu. pastu melepek aje kat rumah.heh.

nak tengok ke gigi-gigi aku yang dah dikorbankan? nantilah aku upload bila dah cabut semua. hiks.

2 comments:

Yours truly said...

alaa mesti comel kan ko sebut huruf "S" nih kekekeke :P

Unknown said...

kalau sebut Salam, mesti fail. wakakakaka....