done with my classes this week.
after one week break (and recovering from my chikumanis incident), tak larat betul lah nak buat kelas.
semalam aku wat kelas sejam lebih sikit je.
nak sambung chapter terakhir, student lom ada notes lagi.
depa nih kalau takde notes, melangut aje tengok slides kat depan sampai tembus.
memang takde insiatif nak salin walau seketul dua perkataan.
bajet cam recorder (bukan yang tiup2 tu, yang perakam) leh record semua yang aku cakap, semua yang aku tunjuk.
cait!
tu pon benda yang aku ajar semalam, sebenarnya aku dah bagi hardcopy punye notes 3 minggu sebelum kelas semalam.
namun, cuma beberapa sahaja yang sudah membuat salinan fotokopinya.
double cait!
pastu aku bagi quiz, menggelabah sensekor.
seb baik lah aku baik hati.
aku tayang lah lagi sekali slide notes aku.
tu pon tak reti nak buat jugak.
mana taknye, aku ajar (baca: berkicau) kat depan tu sensorang, bila ditanya semua okkeeeee memanjang.
itulah padahnye, kan kan kan?
i am a very bad teacher/instructor, but i think i am a helpful person.
in terms of helping my students to figure out their quiz/assignment/tutorial/test.
ha ha.
bolehkah aku klasifikasikan diri sebegitu?
wakakakaka.
untuk hari ni punye kelas, aku bersengkang mata siapkan handout untuk anak2 murid kesayangan.
sebelum nih, aku sroh diorang salin aje apa yang aku tunjuk kat depan.
aku bagi ar masa untuk diorang salin.
tapi lambat sgt lah, tak larat aku nak menunggu.
ni aku bagi handout siap2.
balik nanti baca lah korang sampai terguling2.
aku siap edit apa bagai semua sampai jam 12.38 pagi.
nak tidur pun cam dah tak bisa karena aku biasanya tidur jam sepuluhan gitu.
pepagi drive pi kerja, kepala aku diserang light headache.
berdenyut lite2 gitu.
sampai opis, terus print out dan fotostat the notes.
by 8.15am, dah berdering2 telepon aku berbunyik, anak2 murid mintak perhatian.
alah, selalu aku yang tunggu depa masuk kelas lambat2.
bagi la peluang depa tunggu aku pulak, kan?
cait btol lah missIma nih :p
jadinye kelas hari ni sangat lancar, sebab diorang takyah salin apa2 (kecuali sikit2 sana sini) dan aku leh ajar dengan express pagi gitu.
aku tekankan pada benda2 penting seperti 'register nih sambung ngan mux camner, macam mana nak dapat codenye, etc..'
eceh.
alih2 aku explain kat sini pasal camne aku ngajar pulak kan?
ha ha.
bahan bacaan/rujukan untuk missNasreen kita untuk hari esok.
ha ha ha.
jadinye (jadinye lagi..takde penanda wacana lain lagi ke?) kelas hari nih berlangung dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari.
wohop!
berasap kepala memasing.
syukurlah lab dilengkapi dengan aircond full-blast gitu.
ha ha ha.
aku ngajar kat lab sebab student tak ramai.
classroom yang disediakan lebih sesuai untuk audiens lebih dari 20 orang.
kat lab, takyah la aku nak jerit lebih sangat untuk pastikan suara aku bergaung sebab lab tu kecik aje.
(ha ha. aku suka dengar suara aku semula. obseskah? wakakaka)
lab untuk minggu ni aku batalkan.
alasannya, dept aku kekurangan kertas.
aku tak boleh nak bagi lab manual.
last minute preparation?
yes, I am.
ala bagi ar break sekali sekala.
tinggal lagi 2 eksperiment je.
pastu finals for lab.
pastu dah takyah lab langsung.
yippi yippi yay yeay!
harap-harap esok dah takde lah sakit kepala nih.
tak jadi aku nak wat kertas soalan hari ni.
hu hu.
bila lah aku nak siap.
dah la aku ni cerewet untuk wat kertas soalan.
wat kertas soalan pun cerewet?
ya, sebab aku nak semua yang aku ajar, kena masuk exam.
ha ha ha.
syukur aku sorang aje yang ajar subjek2 nih, so takyah la nak jaga hati sesiapa untuk wat soalan.
ha ha ha lagi.
seriosa kepala aku makin berat.
aku perlu berhenti menaip.
daaa.
2 comments:
heheh wow sgt tough ek..ngajar budak2 mcm tue..tak terpikir ke nak salin ek? kita dulu gigih jer salin apa lecturer conteng dpn kelas kan? hehehehe
thanks for the long writeup..sgt2 membantu utk mempreparekan mental aku nih :p
*maaf ayat caca-marba..hahahahaha
err WTef with me jadi baku tiba2 nih? kekekeke
ha ah. kita sangat gigih salin ntah pape lecturer tu bebel kat depan padahal ada je dalam buku/notes yg diberi. ha ha. untuk kefahaman diri jugak sebenarnya. bila kita tulis/scribble sesuatu, sekurang-kurangnya kita tau/pernah tau apa yang kita tulis. eceh. pengalaman mengatakan sebegitu ;)
haha Nasreen dah berlatih cakap baku! kekekeke...
Post a Comment