Salam..jemput dtg ke umah mlm esok. Blok A##-#-#, seri kembangan. Bhampiran JJ Tmn equine
Hari ni aku g makan-makan kat rumah Nini. Aku agak terpanggil untuk datang sebab Nini jemput menggunakan SMS. Nampak kesungguhan dia nak ajak orang datang ke rumah. Terasa macam aku akan hampakan orang pulak kalau aku tak datang. Dengan semangat jitu, aku tanya Mama, boleh tak aku nak g. Aku dah bajet dah Mama takkan bagi aku pergi, tambahan pula malam Jumaat. Dah lepas Maghrib, Mama tanye, bile nak pergi? Terus melompat aku nak g bersiap. Hepi beb dapat jalan malam-malam. He he. Aku ajak kazen aku temankan. Lebih kurang 40 minit aku memandu, sampailah aku ke rumah Nini. Naik tangga sampai naik mengah aku. Dah sampai, tercungap-cungap macam ikan emas. Dah lama sangat aku tak exercise, memang la camni. Jaga badan pun, tapi tak physically fit. He he.
Comel aje rumah Nini. Ok sangatlah duduk berdua. Aku sampai, jam tunjuk 2.30. Aku balik pun tunjuk gitu jugak. He he. Nini cerita, geng2 ramai datang awal lagi. Kalau aku tau Nini memang cuti, dari petang tadi aku dah sampai. Tolong penuhkan rumah Nini. First time aku makan rendang cili ijau. Pedas jugak. Pedas untuk aku lah. Orang lain biasa2 aje.
Hadiah ‘lucky draw’ Gegar tempoh hari. Dah berapa kali jugak aku bukak tutup kotak ni, tapi tak keluar jugak. Dah bukak, belek-belek, simpan balik. Bukak lagi, belek lagi, baca arahan penggunaan, simpan semula. Ntah bila aku akan pasang. Nantikan ajelah aku main game dari bilik sebelah. He he.
1 comment:
uish mantap tulis blog..
chaiyo! chaiyo!
hehehehehe
Post a Comment