disebabkan aku dalam keadaan lengai, takde apa sangat pon yang berlaku dalam hidup aku.. sampailah 27 Oktober 2007, barulah bersinar kembali hidupku.. begini kisahnya..
Pendek cerita :
BEST GILE! SESIAPA TAK DATANG, RUGI BESAR WOO.. TAHUN DEPAN MESTI JOIN LAGI.. TAK JOIN, SANGAT RUGI :D
Panjang cerita :
Lepas solat Asr aku keluar dari rumah. Menuju ke Kajang untuk menjemput skandal aku untuk ke Ampang. Aku pakai baju raya hari pertama, yang siap letak batu-bata kaler merah. Letak batu-bata tu semata-mata untuk Gegar tau, memenuhi permintaan tema gitu. He he. Skandal aku pakai baju melayu teluk belanga kaler oren muda, ala-ala sedondon gitu ngan aku.
Sampai di De Palma hampir jam 7 malam. Kami berbuka dulu dalam kereta, togok apa yang boleh, pastu ke surau. Kat surau, ada dua orang awek yang merelip boleh tahan, “mungkin nak g Gegar jugak kot”, desis hati kecilku. Masa tunggu lif nak turun, sempat pulak ternampak encikBudak kat lif lagi satu, segak pakai t-shirt Gegar. Cool. Siap solat, sambung mekap dalam kereta. Nampak kereta kakFara lalu. Then, AzDOren. Tapi masa tu aku tak kenal lagi puanAz neh. Masa kat ballroom tu baru lah I kenal.
Masuk lif, tekan tingkat 1, keluar, nampak orang pakai baju cantik. Orang macam askar. Ada orang tiup-tiup trumpet. “Isk, kat mana la pulak Gegar neh? Hu hu.” Masuk lif semula, tekan G, dah kat lobi lah pulak. Calling for cikYam, where are u? Kat hotel lah, kata cikYam. Memanglah kat hotel, tapi tingkat berapa, hu hu. Owh, kat tingkat satu, naik je tangga tu, nanti nampak le mereka, kat Nuri1. jeng jeng jeng. I am overwhelmed with the environment. Rasa nak melompat-lompat aje. Excited sangat gitu. Ayu cikYam berbaju kurung coklat bersama puanLimah dengan tema all pink di resepsi. Kena tulis message? Adeh. Teringat zaman sekolah pulak. Tapi sungguh ku tak tahu nak tulis apa untuk jejaka di seberang benua itu. Terimalah seadanya ye abgJoe. He he.
Pastu, sesi pesanan penaja untuk dirakam. Aku nervous lah. Apa nih suruh aku cakap-cakap nih? Aku tak sediakan apa-apa skrip lah. Tulis blog pun jarang. Takde idea aku nak cakap apa. Hu hu. Skandal aku pulak sampaikan pesanan macam wakil rakyat. Terkompius aku sejenak. Perakam kejadian yang setia malam tu adalah encikAlangz yang segak berbaju melayu hijau muda, sedondon dengan tunangnya cikZure yang berbaju kebaya jarang tak ketat.
Aku dikagetkan oleh cikNini yang berbaju kurung pink. Sungguh aku tak terperasan ko kat situ Nini. Aku cam pening-pening kurang gula sebab belum makan sehari suntuk. Ada puanRoyce berbaju kurung ungu dan cikCoco dengan koleksi baju tradisional melayu yang baru. Siap batu-batu lagi tau. puanIla bersama suami, encikJijo flying solo. PakDee!! Very der macam wakil rakyat or menteri besar mana. Kalau lah bukan muhrim, dah lama aku peluk-peluk PakDee tu. Comel sangat! :D Wakame dengan gaya selebriti dia, tengok dari jarak 8 batu pun dah kenal. Dibawa bersama 2 awek dan seorang jejaka Jepang (Kikochi, kamu comelnye lah sangat dengan songkok senget kamu!), dan hermanTino Malaysia. puanAnne very der gojes pakai baju kebaya kaler hitam. kakFara berbaju kurung hitam, sama tema dengan puanAnne. Burung apa? Burung Serindit kaler pink. Dah nak masuk hot pink dah, sikit je lagi. He he.
Pintu Gegar dibuka! puanAngah berbaju kurung biru, rindu sungguh aku padamu! Biru memang warna yang rindu. cikDelinn comel berbaju kurung pink, menyambut ahli RebanAyam dengan senyuman manis dan lebar. puanArc, menyambut aku denagn ucapan, “dapat sampai jugak ye..” Aku mesti sampai Arc. He he. Aku duduk meja depan, antara 2 main tables. Alamak, aku ni pon satu hal. Nape la aku duduk situ. Aku macam rasa serba salah tak sudah. Ditambah lagi dengan kata-kata skandalku, “nape duduk kat sini?” Ntah le. Dah orang pelawa, aku duduk aje. Patutnye, AJK lah duduk kat table depan yang dihias indah. Aku nih takat taggers cabuk yang chatting pon jarang, ada hati pulak duduk situ ek. Huhu. Rakan-rakan, ampun maaf dipinta ya sekiranya aku ini mengundang ketidaksenangan di hati kalian. Masa akan datang aku akan lebih beringat, insha-Allah.
Dah duduk, MakEty pun sampai. Alahai, rasa macam anak sendiri rasa disayangi oleh MakEty. Masa majlis baca doa, semua orang pun sampai. puanSempoii yang makin kurus, puanElf yang gojes dan juga bangKong sekeluarga. Dah abes baca doa, kita makan la.. aku dah ketar lain macam sebab lapar gile beb.. skandal aku makan dengan bahagia.. aku makan ala kadar, tapi kenyang jugak. Syok makan tiramisu (aku assume tiramisu, sebab tak macam kek pun.. he he..) Terlupa aku nak merasa laksa assam. Dok ralit tengok orang buat persembahan. He he.
Sambil makan, disajikan slideshow yang menunjukkan gambar-gambar dari first gathering sampailah yang terkini. Tu baru 2 tahun punya cerita. Pastu ditayangkan flash presentation oleh cikCoco yang patutnye dipasang masa opening tadi. Di akhir presentation tu, ada gambar tuan RebanAyam, iaitu abgJoe. Adeh. Mek sebak la pulak. Hu hu. Barisan persembahan malam tu memang mengujakan. RebanAyam d’Unplugged menunjukkan belang dengan gitar kapok masing-masing. Dua round tau, banyak tak banyak lagu diorang dah stand by. He he.
Aku paling suka cabutan bertuah. Sebab selama ni aku tak pernah rasa aku bertuah. Seumur hidup aku g dinner, takde pon pernah dapat. Dapat hadiah wajib tu ada ar, terutamanya masa form 5. he he. tp tu cerita zaman tok kadok. Mana boleh amik kira. He he. penat aku tunggu nombor aku naik. Round terakhir baru le dapat. I dapat apa? Creative’s wireless keyboard n mouse. Nape la aku da abes blaja. Kalau tak, leh tunjuk kat member2. he he. skandal aku awal2 lagi nombor dah naik. Dapat hamper yang maha meriah. Seketul pon tak dibagi kat aku. Skandal takleh pakai. Huh.
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Berdoalah kita agar aman dan sentosa. La la la (tak ingat dah la..) Kata-kata PakDee memang aku takleh nak lupakan. Terus melekat dalam hati. On the way balik, bila aku ingat semula, sebak hati aku, berlinangan jua airmataku ini. Buat aku bersemangat nak teruskan perjuangan hidup aku. Berusahalah!!!!
Sekalung tahniah untuk AJK yang bertungkus lumus menjayakan Gegaria 2007. puanAngah n Wakame sentiasa menceriakan suasana dengan celoteh yang tak henti-henti. AJK yang lain pun tak senang duduk nak pastikan semuanya berjalan lancar. Jutaan tahniah untuk anda semua. Muah!
Joe, terima kasih banyak-banyak untuk ko. Tanpa blog ko, takde lah aku dapat kawan-kawan yang ramai dan sangat supportive. All of you are brothers and sisters that I never had. Sempena hari Rabu yang indah ini, Joe, happy birthday!
Gegaria ’07.. kenangan terindah :)


3 thoughts:
best update ima nehh ... comel lah ima malam tu ... bagai finag divelah dua ngan skandal .. i ols lupa nak interview skandal u ols... nama dia pon i ols x tanya .. adeh! byw, thanks for ur support!!!!
K.Fara
sayu aku baca entry ima ni!!! muahhhh!!!
oh, kau tak yah terasa dok kat meja depan tu. saje je mintak meja utk VIP, tapi memang sapa2 pun boleh duduk.. saje je nak kasi hotel yg banyak cekadak tu susah sikit untuk siapkan meja VIP..
K.Fara: next time ima bawak lagi, kakFara interview lah puas-puas.. hehehe.. bagai finang divelah dengan kapak.. la la la..
Angah: muah jugak! eheh.. mekasih ye kakak.. next time mintak semua meja VIP ye ngah.. biar padan muka hotel itu.. kekeke..
Post a Comment