Wednesday, June 24, 2009

tiada kompromi

aku tengah mamai-mamai nih. sebab tidur sekejap tadi. tak buat apa-apa pun waktu lunch tadi. dari melemakkan diri kat FarmTown, baik le aku tidur. dah tidur, jadi kemamaian. rasa nak balik umah sekarang aje. boleh aku basuh baju. tenang sikit jiwa.

hari Rabu aku takde kelas. tenang. namun tak damai. banyak persiapan perlu dilakukan. namun sebelum itu, pagi-pagi lagi dah jengah ladang. pantang ada waktu. dah puas berkebun, chatting pulak ngan cik kak tganu celup tepung tu. melepaskan perasaan hati, bukaklah buku. sebenarnya, awal lagi dah bukak buku. tapi, cuma bukak aje lah. bacanya tidak. dah matanya ngadap monitor aje, cemane nak membaca buku di bawah siku? ha ha ha.

aku sebenarnya memang gundah untuk kelas *VLSI ni. aku masih tak boleh nak figure out how to use the software. kami ada software yang lebih mudah. namun, cuma ada satu lesen sahaja. macam mana nak kongsi dengan satu kelas yang ada 20 orang? haih lah pakcik tanner ni kenapala buat software maju sangat. sampaikan aku nyampah tengok laptop aku sebab tak pandai jugak nak guna. already emailed shitam n YMed diqin. namun, tak tau la bila akan dapat response. dah tergolek-golek baca manual, aku jadi marah adalah. bukan makin tau nak guna. fedap. tolong beri bantuan, boleh?

aku tak suka kalau aku puasa, tapi duff tak. nanti dia moody. apa-apa aku cakap pun jadi salah. biasalahkan orang puasa mesti terliurlah jugak kalau tengok makanan atau tengok orang makan. iman pun setebal kulit bawang aje. when I voice it out (about teringinnye la tengok org tu makan aiskrim McD), marah pulak cik abang tu. hish. bukan selalu orang puasa ke yang patut moody sebab perut lapar? ha ha ha.

tadi tengahari g Mines. hantar telefon kesayangan yang sudah bengong walaupun baru guna 6 bulan untuk di repair. paling cepat, dua minggu aku akan dapat semula. paling lambat, tiga minggu. sementara itu, aku diberi telefon lain untuk digunakan. masa kat kedai, tak boleh nak test sebab telefon ganti nih takde bateri. bila aku tengok selepas dicas, screen dia buat hal macam telefon asal aku. cuma yang ini kecelakaan kekal gitu. display tu 'mirrored'. semua pun terbalik. jenuh aku nak membaca SMS yang masuk. nak tekan mana satu 'unlock', mana satu 'yes' pun sudah konpius. sabarkan ajelah dugaan Allah dalam bentuk teknologi nih :)

2 comments:

fieza said...

salam..ima eh..igt saper..dpt link nih dari ain..aku nih, ct fiza.. just nk mintak izin tukar link...

Unknown said...

no worries dear :)