15 Februari 2008. genap setahun aku kenal Duff. suka, duka, nyampah, geram, mencik lite2, gembira, semua pun ada. macam-macam benda telah ditempuhi, dan tak sabar untuk hadapi masa depan. cewah. cam poyo pun iye jugak kata-kata aku nih. ni lah first time aku dalam hubungan dengan lelaki yang aku betul-betul rasa bererti dan bermakna. setahun tu beb. paling lama dulu pun setahun jugak. tapi menjelang nak setahun tu dah tawar-tawar. lebih tawar daripada biskut tawar. yang lepas tu sudah. yang aku ada sekarang nih, aku syukur sangat-sangat. akhirnya, aku mempunyai hubungan yang matang. yang aku tak malu ngan diri aku sendiri. yang aku leh improve diri aku untuk masa depan yang lebih gemilang ;)
kami menghabiskan 15 feb dengan meround KL dan makan di gerai Nasi Lemak Antarabangsa. best jugak ek. dengan pemandangan kat situ. pemandangan macam perkataan yang kurang sesuai. rumah kat situ banyak rumah ol'skool, pastu ada background KLCC dan MenaraKL. syok betul lah. tengok lampu. tengok orang mabuk2. muntah2 tepi jalan. najis betul. konon nak mkn stimbot kat jalan TAR, tapi ada construction. abang yg jual stimbot tidak kelihatan. uhuk. hope will celebrate more anniversaries and wonderful moment with duff :)
16 Februari 2008. wedding of the century. bertemu jodoh di Tag JoePerantau. [kalau aku bertemu jodoh kat situ, dah kawen gak agaknye? kekekeke] namun nak menuju ke rumah Alangz bukan semudah yang disangka. awal minggu lagi aku dah tunjuk blog Alangz pada Duff, dengan harapan dia akan ambil apa-apa tindakan terhadap bagaimana mahu ke sana. namun, rupanya, keputusan amat mengecewakan. kami telah sesat barat sehingga ke mana-mana ntah. muahaha. kami bukan macam CikYam dan Kawe yang masih boleh tenang walaupon tak jumpa rumah Alangz. tambah lagi ngan roadblock yang menyebabkan kelembapan tinggi di atas jalan raya. isk.
kami gerak dari kajang jam 12.40pm. bajet dalam pkol 1 lebih sampai lah kan. keluar dari kajang, sampai dah kat MRR2. dah masuk susur ke Jln Cheras. nampak ada tesco. klu dia adalah Tmn Midah, ada gak Tesco Extra, tp aku tak paham relevannya. ha ha. boleh kata klu? sebab aku memang tak tau area tu. jadinye segala yang ada dalam tangan aku masa tu adalah klu. ha ha. roundabout yang first kami jumpa tu, kami amik kiri. masuk lah kami dalam Tmn Midah tu. jalan punye jalan, sampai nampak jalan besar yang tengah jem. nampak seberang jalan tu ada Honda dan OldTown kopitiam. tak perasan lak sebelahnye lagi tu ada Toyota seperti dalam klu itu. kalau tak, dah boleh sampai cepat sikit. huk huk.
maka kami teruskan pusing-pusing dalam Tmn Midah, sampailah tembus ke tempat yang aku familiar, area HUKM. terus aje dari depan HUKM tu, ada construction pulak kat roundabaout tu. patut leh tembus ke jalan yang ada Toyota tu. too bad, kami melajakkan diri ke arah pusat bandaraya. dah mula dah "wirid-wirid" membina Mohd Duffran itu. aku malas nak mengeruhkan keadaan, aku diam aje sambil pasang muncung. ha ha. hari tu gi mana ntah pun jenis pusing-pusing sesat jalan gini pun aku muncung jugak. eh bukan. masa tu gaduh. kes lain tu. tapi muncung jugak. ha ha. best gak sampai kat KL tak tentu hala. dah sampai muzium dah pun. pastu pusing balik masuk ke arah cheras, masuk tol metramac 50sen tu, terus aje lagi. pastu kami pun join the jem. masa tu lah baru nampak Toyota yang dimaksudkan. cis betul. selepas melalui pemeriksaan polis, kami pun u-turn dan berjaya ikut klu yang ada dan sampai ke rumah Alangz. sampai situ dalam pkol 2 gitu kot. ha ha. ramai gak geng yang dah siap makan.
ingatkan aku sampai tu, kejap aje lagi, Raja Sehari sampai lah kan. namun, sangkaanku meleset. dah selamat makan pun tak sampai lagi diorg. cuaca cantik, cuma rasa berbahang sebab angin tak berapa lalu. ramai orang kot. hehe. sedappppp oooo makan kenduri umah Alangz. RZ catering yang buat. ayamnye cukup rasa. dagingnye pun sama. empuk lak tu. isk, nih yang kecur balik bila ingat neh. nasiknye pun sedap gak. memang best lah. first time aku ratah lauk sampai habis walaupon nasi dah abes. rasa nak second round aje. tpai kesian lah kan kat mereka yang lain kan? he he.
dalam pkol 3 lebih pengantin pun sampai. finally! hehe. memang rekod lah. tak pernah aku tunggu pengantin lelama. hik hik. berbaju hijau sedondon. barulah aku percaya diorang dah selamat membuat masjid. tengok guna mata kepala sendiri baru nak percaya Ima nih.he he. gembira tengok Alangz dan Zura bersama, sampai bergenang airmata kegembiraan. isk. semoga berkekalan jodoh mereka hingga ke akhir hayat. Amin. aku balik awal sikit. tak sempat nak amik gambar ramai-ramai ngan rakan-rakan tag. takpe, nanti kan nak wat BBQ kat umah LA dan LB. yeay! BBQ! akhir kata, tahniah untuk Alangz dan Zura. siapa pulak gang reban lepas ni ye? hmm..
[click for more photos]

3 comments:
byk yg ko nak citakan pasal syahrul ekkkkkkk ima.
wah oledi 1 year ker..
congrats! hehe
LB: he he he
reen: yup! me didn't believe with my own performance. he he.
Post a Comment